Monday, October 18, 2010

tAnda-tANda bErSaLin!

Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:


* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang
* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
* Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam.
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.

Sumber : ratuhati.com
alamhamil.com
babycenter.com

***aku dah start nebes!!!

sUggEst nAma & MeNaNg!!!


To all bloggers yang cantik jelita dan maintain handsome!!!


Pertandingan ni diadakan khas untuk memudahkan kerja 'mencari nama bayi' yang paling sesuai utk baby saya yang dijangka lahir pada 28 November depan!! Jangkaan doktor mengatakan baby ini adalah perempuan. Tapi saya tetap mencari dua nama untuk bayi perempuan dan lelaki!!

Syarat penyertaan cukup simple!

1- nama yang dipilih haruslah nama bayi Islam
2- sertakan maksud nama yang diberi
3- bukan nama yang dilarang @ membawa maksud buruk

Penyertaan dibuka kepada semua bloggers dari 18 OKTOBER hingga 12 DISEMBER 2010!!
...dan keutamaan diberi kepada mereka yang jd followers TamaraBLizz!!!

PERINGATAN UMUM!!!!
Setiap penyertaan mestilah disertakan bersama alamat emel supaya mudah dihubungi!!


Hanya seorang pemenang yang dicari!!!



HADIAH?

Nama terbaik dan terpilih akan menerima:


satu PenDrive 2G


2 keping Voucher KFC/Pizza Hut/Rasamas bernilai RM20!!!


Ok tak?? sila lah hantar penyertaan secepat mungkin!!!

Friday, October 15, 2010

Saya saNgat pEnat!


Saya sgt penat...sgt penat...sgt penat....
Tak ada insan lain yg lebih memahami penat yang aku rasa hari n melainkan baby Mummy...
Kenapa? sebab baby Mummy langsung tak mau duk diam...dan mula bagi sign mencucuk2 kat bawah perut Mummy...

'Sabar yea sayang...lagi 44 hari je...nanti sampai hari ke 40, Mummy amik cuti yea...kita ajak papa jalan2 sambil rehat tggu baby kuar!!!'

Hari n PM bentang Bajet 2011! Gomen servant tarik nafas lega sbb dapat duit RM500!! cuti bersalin 90 hari!!!
Aku pulak mengeluh panjang...nak kene siapkan kerja2 berkaitan Bajet 2011...bukan tak ikhlas nak kerja, tp hari ni aku sgt penat...

Walaupun kerja aku bukan macam buruh kasar, tp sakit kat bawah perut buat aku tak selesa...bimbang...

'Kesian baby Mummy kan...mesti tak cukup rehat...'


Sekarang jam dah 7.50 malam...aku terkutik2 lagi kat depan PC...kerja baru je setel. Tapi tak larat nak turun tangga ofis...apalagi nak drive balik umah...

'Kita rehat sekejap yea baby...Mummy penat lah sayang...'

Wednesday, October 13, 2010

jAngan nAik mOtor LaGi!!!

sehari pas xcident - muka menten walaupon sakit... =)

Uhuk!!! 01-10-10...tarikh yg sgt cantik! Mesti ramai sang kekasih yg teruja nak memahat kenangan indah bersama si dia...
Aku seniri teruja nak merakam detik indah baby buat pertama kali dlm bentuk 4D!!! Sanggup pinjam keta kak ipar utk ke Klinik Jameaton kat Equin Park!! Sampai sana, anak dara mummy still malu2...tutup muka yea...hampir setengah jam Dr duk melayan senda gurau baby...hehe~ tp mmg tak dpt dlm bentuk 4D sbb uri duk betul2 kat belah atas kepala baby...Doktor suggest imej 2D...lebih detail & clear katanyer...

Mr Hubby plak duk tersengeh2 kat ujung katil...

'heee..anak papa...' **tercuit jap hati aku tgk gelagat Mr Hubby!

'hidung mancung!' kata Doktor.

'Urm, sah ikut papa dia kot....' ***hahahaha!!!! gelak aku terburai...

Ending chek up hari tu? kami bawak balik 4 pix baby + sekeping CD mengandungi 2 video baby yg sgt comel!!
***dek kerana video tu, Mr Hubby terus jd angau! Hari2 mau tgk! siap buh kat desktop PC kebanggaan dia tuh!!***

Perjalanan balik, terpaksa tempuh jam! then singgah ke HKL utk pulangkan keta kak ipar...kami? balik naik motor dgn senang hati...

Entah apa yg jd kalut, hari tu jugak la aku menyampaikan hasrat nak makan nasik ayam...Urm, lebih 7 bulan pegnen, tak penah nak ngidam itu ini...tp hari tu aku mintak Mr Hubby carikan nasi ayam original dan paling sedap! Kitorang tapau air kelapa dulu, then terus carik nasi ayam...

Urm, rupanye ada petanda tak baik utk kami berdua...elok je naik motor ngan mood bersiar2, tetiba ada satu Myvi keluar simpang! Mr Hubby tekan hon! Adus, langsung budak n tak menoleh...aku yg duk kat belakang dah siap sedia. Pinggang Mr Hubby aku peluk sekuat mungkin. Kaki aku keras mcm dok tekan brek keta..

'Papa!' DUUMMMMM!!!!!!

Alhamdulillah syukur! Allah masih sayang...kami tak terpelanting @ jatuh dr motor...cuma aku rasa senak bila perut terhentak ke belakang Mr Hubby! Entah kuasa mana yg aku kutip, tp aku bingkas bangun dr motor yg rebah..kaki yg sakit aku biarkan.

'Mummy ok?' sekilas aku pandang Mr Hubby sambil mengangguk.
'Baby ok sayang?' tangan Mr Hubby beralih ke perut aku... 'Entah, InsyaAllah pa..' jawabku.

Fokus aku lebih ke arah si pemandu kereta yg buta tuli! tak reti memandang! tak reti mendengar! Terus aku terpa ke arah cermin kereta. Aku tumbuk sekuat hati! Biar sakit! Biar lebam! biar terkeluar urat sekali pon!

'Buka pintu nih!!! Buka!!!! Aku cakap buka!!!!' Aku menjerit lantang bagai orang hilang pedoman! Pedulikan kereta @ motor yg berhenti. Pedulikan semua mata yg melihat! Kali ni aku hayun kaki aku yg sakit ke pintu kereta. Aku sepak sekuat hati!

'Buka bodoh! BUKAAAAAA!!!!!! pemandunya blur! panik mungkin...pintu dibuka perlahan..
'Kau buta ke bodoh? (sila jgn contohi adab kurang sopan aku neh) pekak??? tak dengar orang hon dari jauh? tak reti adab keluar simpang? Ko tau tak ko langgar ibu mengandung?? (oh, penuh emosi dan geram!) Kali n soalan aku bertebar ke udara sambil menghayun buku lima! Tapi belum sempat......

'Cik, cik mengandung n...bawak bersabar...Cik ok? mari saya tengok cedera di mana...' seorang lelaki muda yg cukup budiman...mungkin bekerja di hospital @ pembantu jururawat...segak beruniform putih dengan calit biru di bahu kiri & kanan...

Aku berundur sambil mengusap perut...teguran seorang lagi pakcik budiman buat aku tersedar seketika...

'Mari kita ke tepi dulu nak...' aku toleh ke pembahagi jalan. Handbag aku terdampar kat rumput. Siapa kata Kuala Lumpur ramai rempit yg suka meragut? Suka ambil kesempatan? Hakikatnya, mereka baik hati dan cukup ikhlas membantu...hanya orang luar yg suka membuat onar!

Lelaki yg beruniform putih mula mendekat. lengan kiri dan kanan aku dibelek...
'Maaf ya, saya pegang sikit...perut ok? sakit?' aku angguk...'Senak'

'Ada rasa sebarang pendarahan tak?' aku geleng...'Ok'
Mata aku meliar tengok kelibat Mr Hubby...motor yg ranap diusung dgn bantuan orang ramai ke tepi jalan...Kesian Abi, suma kerana nasi ayam yang aku mintak...Dengan muka cemas, Mr Hubby dtg memeluk aku. Dia lebih banyak diam. Mungkin terkejut, mungkin takut, mungkin jugak kerana terlalu marah dengan si pemandu Myvi.

'Lain2 tempat ada sakit?' tanya lelaki beruniform putih lagi. Aku hulur kaki kanan yg terasa perit dan panas. Aku sendiri terkejut! Biru nye!!! lelaki tu meneruskan tingkahnye. orang ramai mula sibuk berkerumun.

'Kaki awak ok..tak patah. Mungkin retak atau terseliuh saja' katanya...'Terima kasih encik' itu je yang aku mampu katakan...

Telinga aku sibuk menangkap suara Mr Hubby. Kemarahannya memang menggunung...tp aku bangga kerana dia seorang yg rasional. Terdengar juga suara pakcik yg turut membantu aku.

'Sudah la..jangan bergaduh. Awak (pemandu Myvi) hantar isteri dia ke klinik. Dia mengandung. Biar chek perut dulu...motor tu (sambil memuncung ke arah Mr Hubby) tinggal kan aje dulu. Jangan risau...Nanti pakcik tengok kan'

Dengan hati yg ketat sendat, aku melangkah masuk ke dalam kereta...

'Sori ya kak...saya memang tak nampak...sakit ke kak? Maaf ya...saya betul2 mintak maaf...' bertalu2 permohonan maaf dr pemandu muda tu. Tapi aku tak peduli. Baby mummy yg jd keutamaan sekarang! tak boleh tidak! aku misti cepat sampai ke HKL! Mr Hubby yg duduk di sebelah peluk aku erat2....

'Sorry sayang...papa dah brek habis dah...jalan licin...' aku angguk. bukan salah Mr Hubby. Bawak motor pon dah cukup perlahan dan hati2...mana tau kereta si mamat n pulak yg keluar tetiba!

'Tak pe papa...Mummy ok...Mummy risau baby je...dia tak gerak2 dr td...' air mata aku terjun laju..Si pemandu tak abis2 mintak sorry...Girlfren kat sebelah diturunkan separuh jalan. dari pengamatan aku & Mr Hubby, budak ni mmg tak de lesen...lalu kat Bulatan Pahang pon kalut semacam...

Sampai kat HKL, aku terus kene tahan d Wad Separa Kritikal...perhatian tertumpu pada pergerakan baby. Kaki aku? biar kan saja. tak penting! Baby perlu dipastikan sihat dan bergerak!!!

Lebih setengah jam terbaring, Alhamdulillah! Baby bergerak...perlahan...scan demi scan dibuat utk pastikan jantung baby berdenyut normal...

Hanya pada Allah aku bermohon! Syukur Alhamdulillah...baby sihat...mungkin dia terkejut...kaki aku terpaksa dibungkus! Lewat petang baru aku berkesempatan membelek kaki & tangan Mr Hubby...itu pon sbb musyikil...hairan tgk dia berjalan dalam serba kepayahan...Rupanya, kedua2 kaki Mr Hubby cedera...

'Papa ok sayang...asalkan mummy ngan baby sihat, papa mesti sihat!' ...sayu seketika bila mendengar jawapannye...

Sampai rumah, penat kami berdua menadah telinga...

'Lain kali jangan naik motor lagi!'

huhu~

p/s: jodoh, pertemuan, ajal dan maut...semua di tangan Allah...