Sunday, November 6, 2011
Minta sokongan untuk Mummy Ayesha!!
Friday, July 8, 2011
SesUngGuhNya MaNuSia daLaM kEruGiaN!
Esok mungkin mencatatkan perubahan besar pada sejarah negara..siapa tahu? Semuanya mungkin! Kerana semuanya tidak mustahil!
Mungkinkah kita akan 'mencontohi' Thailand?Sana Baju Merah? Sini Baju Kuning?Di sana negaranya huru-hara akibat rusuhan penunjuk perasaan anti-kerajaan!Mereka tergamak menembak mati insan tidak berdosa! Malah, insiden serangan bom di sana bukan lagi perkara aneh!
Nauzubillah~
Janganlah keganasan di pusat bandar Bangkok berulang di kota Kuala Lumpur!Semoga Allah sentiasa melindungi hambaNya yang hina di bumi Malaysia ini...
Buat rakyat Malaysia...Apapun yang berlaku esok, jadikan sebagai pengajaran dan tauladan...Belajarlah untuk saling menghormati...Gunakan kebijaksanaan akal untuk berunding dan mencapai kata sepakat?Usahlah memilih jalan demonstrasi..kekerasan..tunjuk perasaan...Kita dijadikan pencipta (Allah) sebagai manusia...beza manusia dan seluruh hidupan di dunia ini adalah akal...Gunakanlah akal sebaik mungkin!!
Andai lupa, inilah peringatan paling berharga untuk kalian!
"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.
ambil lah iktibar dr ayat ini...
Monday, May 23, 2011
tErgAmak kAmu wAhai ibU!
Dan malam n, gelagat ibu muda berdekatan katil Alya pulak yg jadi perhatian...pada penglihatan ai, si anak berumur lebih kurang setahun...lincah, aktif, suka diberi perhatian...
Urm jam pulak dah cecah 10.30 mlm...si anak masih nak bergurau senda, bermain dan melihat keadaan sekeliling...si ibu pulak berubah2 mood nyer..sekejap tegur si anak, 'bila nak tidur ni?'....sekejap ajak bermain, 'ok! 123!!!!!'....bila si anak teruja, ibu panggil pulak sang cicak! 'Cicak....haaah ambik aimi!!! Dia tanak tido!' Urm, menjerit la pulak si kecik comel...
Tp aku sentap seketika bila mood ibu bertukar sekelip mata...
Ibu: Meh makan nak?
Anak: (ketawa sambil baling makanan diberi)
Ibu: kenapa buang!!! (Tepuk jari si kecil) biasa dia buat macam tuh!!! Dah tido!!! Tido!!!! (si anak diangkat dan dihenyak atas katil)
Iya, mgkin tujuan si ibu utk bersikap tegas dlm mendidika anak...tp si kecil tu hanyalah insan kerdil!!! Insan yang sepatutnya dibelai dan ditegur dgn penuh kasih sayang...
Betul!! Ai sendiri pon pernah cakap kat Alya 'haippp!!! haippp!!!!' Tp tak tergamak menghenyak si anak ke tilam dgn kasar!!! Cukuplah mengangkat telapak tangan sebagai tanda kita tak setuju @ xsuka dgn perbuatan si anak...
Tau apa respon si anak dlm cerita ni? Dia datang pada si ibu dan memeluk erat wanita yang dianggap penyelamat dalam hidup nya!!!!! Si ibu? Berkeras mengangkat semula tubuh si kecil dan menghenyak semula ke tilam - mungkin geram anaknya enggan mendengar kata...
ohw, sebagai penutup cerita, ada penampar halus di lengan si kecil...ucapan selamat malam pula berbunyi,
'ei!!! budak n kang aku babap (pukul) kang!!!'
Saat tu ai tengok si kecil merengek sedih...mungkin hampa dengan layanan ibu nya...
Tergamak sungguh kamu wahai si ibu...itu AMANAH buat kamu di dunia!!!! Peliharalah dengan kasih sayang!!!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sunday, May 22, 2011
UpdAte bLog tHru bLackBerry!!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
*Anak yatim maut tertimbus syahid*
SHAH ALAM - Kematian mereka bukan sia-sia. Allah sudah janjikan ganjaran syahid bagi sekumpulan anak yatim terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, petang semalam.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, mengikut hukum, Islam yang menemui ajal secara tragis se-perti akibat kebakaran, kemalangan jalan raya atau bencana alam dan mati ketika tidur, dikategorikan sebagai syahid.
“Mereka dapat syafaat Allah, itu janjiNya,” katanya.
Beliau mengulas kematian anak-anak yatim penghuni Rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, petang semalam.
Bagaimanapun menurut Mohd Tamyes, jenazah mereka masih perlu diurus seperti jenazah mati biasa, iaitu mandi, kafan dan disolatkan.
Beliau mengingatkan pengasas rumah kebajikan, termasuk rumah anak yatim di seluruh negara, pastikan bangunan mereka tiada risiko musibah.
“Jangan bina di lereng bukit atau berhampiran dekawasan bahaya kepada penghuni,” katanya.
3 IdiOts!!! bEst!!!!
Paling tak tahan bila dengar sound efek dia...perghhhh!!!!! tempeleng pon bergema2...kihkihkih!!!!
Kelmarin, bila adik bongsu ai bukak laptop, beria2 dia suruh ai tengok 3 Idiots neh...skali dengar cam crita omputih...terus terbayang muka Adam Sandler...***senyum sambil mata kedip2 pandang atas***
tetiba adik ai kata 'cita hindustan la chik!'

erkkkk!!!! lah, mcm tak pecaya kan...so, utk puaskan hati adik ai, maka ai klik jugak la crita tu...
untuk 5 minit pertama, ai dah start rasa seronok!!! kalau dulu, ai mmg tak suka AamirKhan sebab dia pendek!! tp skrg ai rasa dia lah hero selautan Hindi!!!! sangat lah muda ini hero!!! gila tuhhh!!!! umur dah 46 tp bawa watak remaja 20-an gitu!!!



aduhhh!!!! Brad Pitt pon kalah u!!!!
Basically, cerita ni dibintangi Aamir Khan, R Madhavan, Sharman Joshi dan Kareena Kapoor.

jalan cerita dia lebih kepada 'flash back' zaman dorang belajar kat Imperial College of Engineering (ICE)...
Aamir sebagai Rancchoddas Shamaldas Chanchad atau Rancho ada otak engineer yg sgt bijak!!!
Madhavan sebagai Farhan ada kelebihan dalam fotografi tp terpaksa akur pd kehendak bapak yg nak dia jadi engineer...
manakala Sharman sebagai Raju pulak seorang yang penakut & xyakin pada kebolehan diri...
tak yah la crita lebih2 kan...korang cari ler CD ker...DVD ker...download dari internet ke....gerenti tak nyesal!!!
mmg tak macam cerita hindustan!!! sangat2 different!!! klako pulak tuh!!!!
walaupun ai dah tengok sekali, ai masih jugak rasa nak tengok lagi!!!!
oh ya, kalau tangok wajah AamirKhan yang dah cecah umur 46 tu...urm, ni lah rupa asal dia...


ohw, misai tu sangat tak seswaiii okeh!!!!
Saturday, May 21, 2011
tRagedi tANah rUntUh di HuLu LaNgat - ALLAH LebIH SayANg..
Sabtu yang suram buat rakyat Malaysia...
bukan banjir di kampung setinggan...
bukan tsunami di tepian pantai...
bukan kapal dipukul ribut di lautan...
bukan kemalangan ngeri di Lebuhraya Utara-Selatan...
bukan kes bunuh...
bukan kes rogol...
bukan aduan mangsa penyimbah asid...
bukan aduan ditipu sindiket gores dan menang...
bukan tangkapan pelacur...
bukan rayuan keldai dadah...
tapi teriakan lemah anak yatim yang ditimbus gumpalan tanah...
rintihan pilu anak yatim yang tersepit dalam bencana...
tangisan pilu anak yatim yang dihempap batu dan kayu...
semua ini ternyata berlaku dalam sekelip mata...
Al-Fatihah buat anak-anak yang pergi...semoga kamu ditempatkan dikalangan orang beriman...
Semoga Allah memberikan keselamatan dan kekuatan buat pasukan mencari dan menyelamat...
...dan semoga masih ada anak-anak yang terselamat biarpun tertimbus dalam runtuhan tanah...
Amin Ya Rabbal Alamin...
***ikuti sebahagian berita mutakhir yang dipaparkan media***
Harian Metro - Mutakhir
Sehingga petang ini, seramai tujuh mangsa telah dikeluarkan manakala dua kanak-kanak disahkan terkorban.
Rumah itu menempatkan 49 orang termasuk lima penjaga di mana seramai 28 orang terselamat dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang tadi.
----terbaru, maklumat terkini mangsa yang tertimbus...
Yang meninggal (Al-Fatihah)
1. Azrel (8) 2.Nael (8) 3. Eqim 4. Zaim 5. Rahimi 6. Angah.
Yang selamat
1. Khairul (9) 2. Hairis 3. Harris 4. Aizat 5. Alaudin 6. Abg Din 7. Shafiz 8.Akmal
Yang masih tertimbus
1. Riz (9) 2. Shahrul (9) 3. Boboy (10) 4. Lokman (11) 5. Fahad (9) 6. Aiman (10) 7. Hasril (11) 8. Abg Farid (34) 9. Abg Iwan (33) 10. Hazim (9) ........
21 Mei, 2011 21:10 PM
24 Orang Tertimbus Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini Sabtu.
Setakat 8 malam, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang.
Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu.
Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.
Beliau berkata polis akan menyiasat punca kejadian.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.
Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga 8.20 malam operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.
-- BERNAMA
21 Mei, 2011 23:03 PM
Operasi Mencari Dan Menyelamat Diteruskan Walaupun Malam Dan Hujan - Khalid
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat tetap akan diteruskan sehingga semua mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat, ditemui.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar ketika ditemu bual menerusi Astro Awani berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 200 anggota terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis.
"Operasi mencari dan menyelamat ini akan diteruskan sampai semua mangsa ditemui walaupun hari telah malam dan keadaan hujan," katanya.
Dalam pada itu, Khalid turut meminta orang ramai supaya menjauhi tempat kejadian tanah runtuh bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di samping untuk memberi laluan kepada petugas menyelamat menjalankan tugas dengan lancar.
"Setakat ini, saya difahamkan masih ada pergerakan berlaku pada tanah kerana cuaca yang masih hujan. Oleh itu, kita minta supaya orang ramai yang berdekatan dan yang ingin datang melihat, menjauhkan diri dari kawasan kejadian.
"Kita bimbang perkara-perkara yang tidak diingini yang lain pula berlaku," katanya.
Mengenai status rumah anak yatim berkenaan, Khalid berkata pihaknya buat masa ini menumpukan kepada operasi menyelamat terlebih dahulu dan perkara mengenai status rumah anak yatim berkenaan akan disiasat kemudian.
-- BERNAMA
Wednesday, May 18, 2011
SuSu fOrMuLa uNtuk bAby!!
Apepon, ai n sama juga macam etiey dan all mommies...pasti nak yang terbaik untuk baby kan...cuma nyer ai bukan dr golongan berkemampuan besar...so, haruslah ai berbelanja dengan sangat teliti dan berhemah! Urm, kalau ai mampu, confirm i ikut jejak etiey!!! InsyaAllah, suatu hari nnti...moga2 ai di murahkan rezeki... =)
owh, cerita pasal susu, ai mula susukan Alya ngan FM bila dh masuk umur dia 2 bulan...tu pon tidak sepenuh nya...baby ai jenis yg suka bergantung! hehe~
memikirkan tahap ekonomi ai yang tak seberapa n, ai decide utk - X berani nak jump to susu mahal...so, i mula dengan Dutch Lady!



Ai agree sesangat bila ada kengkawan ai merujuk pendangan pakar pediatrik untuk penyusuan baby...for sure, mereka biasanya akan suggest susu yg 'sain kontrak' dengan mereka... =) of coz susu yang bagus!!
Tuesday, May 17, 2011
kEnapa Ada iNfo MiNggu iNi? NaPa deMam cAmpAk?
`
Cuti 10 hari yang ai ambil dr 28 Apr sampai 7 Mei lepas tak berakhir dengan baik sehinggakan ai terpaksa melanjutkan cuti selama 6 hari!!! 14 Mei baru ai boleh kerja dengan hati sedikit tenteram.. kenapa?
Owh..Alya Mummy disahkan demam campak!!! kesian kan? bayangkan lah..kalau orang dewasa pon mengeluh sakit, inikan pula baby yang baru je 5 bulan! Ai sgt sedih...nangis2 tengok keadaan Alya yang sgt2 tak terjangka...
thread yang berbunyi iNfo MiNggu iNi adalah di copy khas dari few bloggers serta laman web untuk memudahkan rujukan kengkawan!! Ai tak de pengetahuan jelas dalam bidang perubatan u!!! =)
Okey, cerita tentang demam campak yang dialami Alya, Doktor mmg ambil masa untuk sahkan ruam merah yang timbul sbg tanda campak. Why? mungkin dalam kes membabitkan bayi, Doktor perlu sgt teliti sbb membabitkan pemberian ubat serta nasihat mengenai kaedah rawatan di rumah.
Oleh sbb tu, mommies2 jangan cepat marah kalau jumpa Doktor, dorg cakap 'kemungkinan' demam campak @ ciken pox~ Mereka juga manusia biasa..
Apepun, kemungkinan besar demam Alya bermula dari sentuhan atau udara 'cakap-cakap' cousin dia yang membawa virus Ciken Pox! Alah, budak darjah satu mmg sukar dikawal...kalau dia kata dia dah sihat, dialah yang betul..mengalahkan doktor bertauliah aje kan...ai pon tak boleh nak lari ke mana, sbb masa tu mmg ai duduk bercuti di rumah mentua...
So, Alya mula tunjukkan tanda lesu (mcm orang nak demam) pada 3 Mei lepas...ai mmg selalu bawa termometer ke mana2 pon...bila tengok Alya lembik semacam, ai cecah alat jangka suhu tu kat bawah ketiak dia...

Mak aihhh!!!! badan tak panas, tapi suhu catat 37++...ai fikir termometer n rosak agak nyer...so ai try kat ketiak seniri...heeee...(macam tu la naluri ibu...semua mommies begitu kan?) hasil nya, mummy catat bacaan org sihat! 35++...
oke, mummy perlu bertenang...terfikir mungkin sbb cuaca KL terlalu panas...risau kat hati memang bersawang! puas doa, janganlah Alya demam hendakNya...anak Mummy tu baru sihat dr demam panas...
Hari kedua pon masih sama...bacaan suhu ttp tinggi...kebetulan hari ketiga, Alya asik gosok2 mata...sampai merah muka!!! jadi sebelum ai tido, ai belek tangan dan kaki Alya...nampak macam ada ruam merah...OH NO!!!!
Puas berulang alik ke klinik dan hospital...semuanya gara2 suhu demam Alya yang tinggi..smpai mencecah 38.6!! Ai risau sgt...

ruam penuh satu muka!! ai tengok jadi tambah sedih!! 3 hari demam Alya xmenunjukkan perubahan...ai bawak semula gi Hospital Ampang! tu pon sbb ai risau sangat bila Alya tak brapa nak menyusu...
iNfo MiNggu iNi: deMam cAmpAk!! [pArt III]

.......dan info yang ini adalah paling tepat!!!
Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.
Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
- Demam tinggi
- Batuk, selsema dan sakit tekak
- Mata berair dan sensitif kepada cahaya
- Sakit otot
Ruam demam campak
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.
Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
- Jangkitan pada telinga
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
- Jangkitan pada otak (encephalitis)
- Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
- Panadol untuk mengurangkan demam
- Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
- Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.
iNfo MiNggu iNi: deMam cAmpAk!! [pArt II]
Malah, sekitar tahun 1960-an, iaitu ketika vaksin campak masih belum ditemui, ia menjadi ancaman utama kepada ibu bapa kerana komplikasinya yang boleh mengakibatkan kematian. Sejak itu juga, berlaku penurunan kes-kes campak yang dilaporkan di negara ini berikutan kempen imunisasi campak yang dilaksanakan oleh kerajaan. Namun begitu, jumlah kematian akibat campak masih tinggi di dunia iaitu sejuta kematian setiap tahun terutamanya di negara-negara sedang membangun. Terbaru, belum pun reda kes-kes denggi luar biasa yang dicatatkan sempena tahun baru ini, negara dikejutkan pula dengan berita kematian 14 orang Penan di Sungai Urun, Belaga, Sarawak. Rata-ratanya mengalami pneumonia (radang paru-paru), antara komplikasi utama campak, yang dipercayai disebarkan oleh seorang lelaki kaum itu yang berkahwin dengan wanita Iban.
Pensyarah Pediatrik Klinikal, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azam Mohd. Nor berkata, campak merupakan sejenis penyakit berjangkit yang ditularkan oleh virus campak morbillivirus, dari keluarga paramyxoviridae. `Penyakit campak boleh merebak dengan begitu senang sekali iaitu melalui titisan air liur pesakit, baik semasa batuk, bersin ataupun hanya bercakap.
`Walaupun tidaklah seketara kes-kes penyakit rubella (campak Jerman), virus campak juga boleh dipindahkan terus daripada ibu yang mengandung kepada janinnya, menyebabkan kelahiran pramatang,” katanya.
Menurutnya, campak mempunyai peluang jangkitan yang sangat tinggi sehingga mencapai lebih 90 peratus sekiranya seseorang belum pernah mendapat imunisasi campak mahupun terkena penyakit itu sendiri. Ditanya sama ada orang dewasa boleh mendapat campak, Dr. Azam menjelaskan, kemungkinannya ada tetapi sangat jarang khususnya mereka yang berusia 30 tahun ke atas.
Dalam kes campak orang Penan yang turut meragut nyawa orang dewasa itu, ia berlaku kerana mereka belum pernah terdedah kepada penyakit sedemikian, menyebabkan badan tidak mempunyai daya tahan melawan campak.
Gejala-gejala yang boleh timbul dari penyakit ini terbahagi kepada empat tahap iaitu:
*Tahap pengeraman sekitar 10 hingga 14 hari selepas dijangkiti di mana pesakit tidak mengalami sebarang gejala
* Tahap prodromal berlangsung selama lebih kurang lima hari. Pada saat ini, kanak-kanak mula menunjukkan gejala seperti demam selesema, hidung berair, batuk ringan, mata merah berair (konjunktivitis), photofobia (mata mudah silau kepada cahaya) dan kesukaran menelan. Tompokan kecil berwarna putih di dalam mulut (koplik’s spot) berupa garam yang ditaburkan di atas permaidani merah, lazimnya dikesan selepas dua hingga tiga hari pesakit mendapat batuk selesema. Koplik’s spot dinamakan sempena seorang pakar pediatrik di Amerika Syarikat, Henry Koplik yang pertama kali mengesan tompokan ini.
* Apabila tahap pembentukan ruam yang berasa sedikit miang bermula, demam menjadi bertambah tinggi sehingga mencapai lebih 40o C. Batuk pula semakin parah.
Sebahagian ruam muncul dalam bentuk perubahan warna (makula) manakala sebahagian lagi timbul pada permukaan kulit (papula).Tabiat ruam campak bermula dari belakang telinga, leher, muka, dada, merebak ke seluruh badan, tangan, punggung, perut dan lengan sebelum menjalar ke bahagian kaki. Keseluruhan proses ini mengambil masa antara dua hingga tiga hari, kemudiannya beransur-ansur hilang manakala suhu badan mulai menurun, demam kebah dan koplik’s spot turut lenyap. Sebab itulah, kita biasa mendengar orang tua-tua selalu berkata, sekiranya ruam sampai ke kaki, tandanya campak semakin sembuh.
* Tahap penyembuhan; ruam hilang, lapisan kulit mengelupas manakala konjunktivitis juga semakin pulih. Gejala batuk bagaimanapun mengambil masa sedikit untuk pulih.
Gejala campak, kata Dr. Azam, sekalipun nampak ringan tetapi ia boleh menyebabkan komplikasi jangkitan yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Masalahnya, virus campak boleh ditularkan daripada seseorang kepada yang lain semasa pesakit masih berada pada tahap pengeraman yang tidak menunjukkan sebarang tanda.
“Komplikasi yang paling biasa mengiringi campak ialah pneumonia, keratitis (inflamasi selaput mata) yang jika tidak dirawat boleh menjejaskan daya penglihatan, otitis media (jangkitan telinga) menyebabkan pekak dan ensefalitis (radang otak) menyebabkan sawan.
“Kekurangan zat makanan yang berkait rapat dengan daya tahan badan yang lemah serta masalah immunoefficiency disebabkan oleh rawatan kanser atau HIV, boleh memburukkan lagi komplikasi campak,” katanya.
Sejenis komplikasi lain yang boleh mengundang maut sekalipun jarang berlaku iaitu subacute sclerosing pan-encephalitis, boleh menyebabkan perubahan personaliti, serangan mengejut, kerosakan otak kekal dan pesakit koma selepas beberapa tahun dijangkiti. Memandangkan sehingga ke hari ini, tiada rawatan untuk penyakit-penyakit bawaan virus termasuklah campak, imunisasi sangat penting sebagai pencegahan, kata Dr. Azam.
Rawatan biasa yang diberikan ialah banyakkan minum air bagi mengelakkan dehidrasi akibat panas badan, pemberian paracetamol bagi melegakan demam, antibiotik sekiranya terdapat kuman di dalam paru-paru dan vitamin A bagi mengurangkan komplikasi.
“Campak tergolong dalam kategori penyakit yang dapat dicegah dan pencegahan paling berkesan adalah melalui suntikan vaksin.
“Vaksin campak terdiri daripada virus campak hidup yang dilemahkan dan dikulturkan di dalam embrio anak ayam untuk merangsang tubuh menghasilkan antibodi sendiri,” katanya.
Vaksinasi campak didatangkan dalam bentuk gabungan dengan vaksin beguk (mumps) dan rubella yang secara ringkasnya dinamakan sebagai MMR.
Sebanyak dua dos imunisasi MMR diberikan iaitu dos pertama ketika kanak-kanak berusia setahun manakala dos tambahan semasa mereka berada di tahun satu persekolahan rendah.
“Usia 12 bulan dipilih kerana jika diberikan terlalu awal, vaksin mungkin tidak dapat bertindak balas dengan berkesan kerana bayi masih membawa kekebalan si ibu semasa hamil.
“Kerana itu, penyusuan ibu sangat digalakkan bagi memanjangkan lagi tahap dan tempoh daya tahan kanak-kanak,” katanya.
Ibu bapa yang tidak menyuntik MMR semasa bayi berusia 12 bulan hanya mendedahkan kanak-kanak itu kepada ancaman campak yang lebih besar pada masa akan datang,
Suntikan imunisasi MMR diberikan sama ada pada bahagian paha atau lengan. Ia akan meninggalkan kesan sampingan yang ringan seperti sakit dan bengkak pada bahagian yang dicucuk, mengantuk, demam, ruam dan bengkak kelenjar air liur di leher.
Menjawab soalan sama ada individu yang mendapat suntikan MMR masih boleh dijangkiti, beliau menjelaskan, dianggarkan dua hingga empat peratus vaksin tidak berkesan.
“Ada banyak sebab kenapa ia berlaku seperti cara penyimpanannya yang tidak sesuai, pemberian vaksin yang terlalu awal kepada bayi berusia kurang 9 bulan di mana vaksin tidak bertindak secara baik dan kekebalan tidak sempurna.
“Kalau terdapat kes campak yang banyak di satu-satu tempat, umur 12 bulan dah dapat campak, kita boleh berikan suntikan lebih awal, sembilan bulan misalnya,” kata beliau.
Mengenai salah tanggapan segelintir masyarakat yang mengaitkan vaksin campak sebagai punca penyakit lain seperti autisme, berikut adalah mesej Dr. Azam:
“Penyelidikan terperinci telah menyangkal autisme sebagai kesan sampingan vaksinasi. Kesahihannya boleh dipertikaikan.
“Kita cenderung percaya benda kecil yang diperbesarkan hinggakan kita lupa kebaikannya yang jauh lebih besar,” katanya sambil menambah, kes campak di Penan adalah terpencil, sedangkan di Kuala Lumpur masih ada orang yang tidak mengambil suntikan MMR.
Antara keraguan yang biasa dibangkitkan ialah mengenai alahan pesakit kepada telur memandangkan pembuatan vaksin campak yang dihasilkan di dalam embrio anak ayam.
Cara penghasilan tersebut sebenarnya bertujuan menyukarkan pembiakan virus di dalam tubuh manusia.
Jika wujud keraguan, tambahnya, pihak hospital akan melakukan suntikan di bawah penyeliaan doktor. Vaksinasi MMR boleh diperoleh secara percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan, di seluruh negara.
Sumber: Abi Muslih & Mama Farhah
iNfo MiNggu iNi: deMam cAmpAk!!
CAMPAK adalah sejenis penyakit yang mudah menyerang kanak-kanak kecil. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus dan mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah umur 10 tahun.
Penyakit ini boleh berjangkit apabila seseorang itu terdedah kepada pengidap campak. Iamerebak melalui udara, apabila pesakit bercakap, batuk bersin ataupun berludah.
Sungguhpun campak dianggap biasa ianya boleh mendatangkan komplikasi, terutamanya sekiranya kanak-kanak itu lemah dan taraf pemakanannya juga berkurangan.
Peringkat di mana penyakit ini mudah berjangkit ialah ketika sebelum ruam campak keluar yakni di antara 10 hingga 14 hari.
Kadar teruk penyakit ini berbeza dari seorang ke seorang berdasarkan taraf pemakanan dan kesihatan seseorang.
Kadangkala penyakit ini ringan — kanak-kanak itu demam sedikit sahaja diikuti dengan tumbuh ruam-ruam merah dan tidak beberapa hari kemudian sembuh dengan sendiri.
Bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda seperti berikut.
Tanda-tanda awal penyakit pada bayi; biasanya bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah.
Lagi satu tanda awal demam campak ialah terdapatnya bintik-bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.
Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing.
Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan!!!
Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala menurun ke tangan, badan dan kaki.
Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.
Jika keadaan kesihatan anak kurang memuaskan dan anak itu pula kurang zat makanan dan kurang daya tahan penyakit campak itu lebih teruk dan ruam campak akan mening-galkan bekas hitam.
Pada ketika ini juga keadaan batuk yang teruk dan kadangkala anak sesak atau susah bernafas.
Komplikasi sampingan
-------------------------------
Biasanya sekiranya keadaan kesihatan kanak-kanak baik, kuat daya tahan dan taraf pemakanan baik, campak akan mudah sembuh.
Sebaliknya, sekiranya taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru, jangkitan otak dan lain-lain, maka lambatlah mereka sembuh.
Jangkitan telinga biasanya berlaku dalam hari kelima dan keenam di mana kadangkala sakit itu disertai dengan keluar nanah.
Jangkitan saluran pernafasan dan paru-paru biasanya boleh dikesan apabila batuk bertambah teruk dan kadar pernafasan dan kadar nadi tinggi dan juga suhu badan naik semula.
Kalau kanak-kanak ini dirawati segera ini akan mengambil masa selama lebih kurang tujuh hingga 10 hari untuk sembuh.
TAPI, jika anak ini tidak menerima rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk dan boleh membawa maut.
Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan paru-paru ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.
Biasanya ibu-ibu tidak tahu bahawa jangkitan paru-paru ini boleh berlaku akibat dari penyakit campak. Satu lagi komptikasi yang boleh timbul akibat penyakit campak ialah seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu.
Rawatan boleh menyembuhkan kanak-kanak itu dari komplikasi tersebut tetapi kadangkala terjadi juga kecemasan di mana kanak-kanak itu tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh.
Apapun, 60 hingga 70 peratus dari kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 peratus lagi diserang komplikasi akibat campak.
PERINGATAN KEPADA IBU-IBU!!!
* Jangan pandang ringan pada demam campak. Sebaik saja tanda penyakit campak dikesan, bawa anak berjumpa doktor.
* Bagi anak-anak yang sedang demam campak berikan dia minum air yang banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah serta cirit-birit mendapat gantian.
* Pastikan suhu badan turun dengan mendemah badan anak dengan air sejuk. Pakaikan dia pakaian nipis.
* Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.
* Sekiranya anak batuk teruk atau susah bernafas, bawa cepat ke hospital untuk dirawat.
* Biasanya doktor akan memberi ubat bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin menyerang.
* Tidak ada ubat tertentu untuk menyembuhkan penyakit ini.
* Beri makanan yang berzat kepada anak-anak untuk meninggikan taraf makanan dan kesihatan anak.
KAEDAH PENCEGAHAN?
Pada masa sekarang terdapat vaksin yang boleh mencegah penyakit campak. Pelalian ini diberikan kepada kanak-kanak dari usia sembilan bulan hingga dua tahun. Kanak-kanak bawah enam tahun juga boleh diberi pelalian ini. Pelalian ini boleh didapati dari semua klinik dan pusat kesihatan untuk mencegah campak dan mengelakkan dari sebarang komplikasi.
Sumber asal: Seribu Warna Pelangi
Capaian baru: Harmoni
Saturday, May 14, 2011
aZaM 2011~
Kalau tahun lepas azam nak ade baby, nak beli rumah dan nak naik gred (kerjaya)...tahun n pulak ada 1 azam baru... =) apadiaaaa???? ai nak bertudung... =)
Sebelum n ai mmg pakai tudung u...tapi ai pakai waktu kerja @ g kenuri saje...teruk kah? rasa nyer x kot..perubahan itu perlu ikhlas kan...
Semoga ai dapat memenuhi azam tahun n dengan baik...Amin!
***credit to Radiusite sbb jual macam2 hijab menarik sehingga hati ai terbuka untuk bertudung!!! =P
Monday, May 9, 2011
rINdu...tErLerai sudAH...
:: Puteri Nur Airiena @ Kak Yayang ::
:: Muhammad Cyrill Danish @ Encem ::
:: Puteri Damia Qistina @ Anis ::
sangat rinduuuuu.........hehe!! Walaupun Mummy ada Puteri Alya Aryssa, tp Mummy ttp syg kamooo..kamooo...hanyalah kamooo di hatikuuuu~ hehe!!
dek kerana rindu, ai ambil cuti seminggu...kebetulan semua adik beradik sepakat utk balik ke kampung dan berkumpul beramai2!!! yeay!!!
...dan pada 30 April & 1 Mei 2011...
tiada agenda istimewa melainkan melepas rindu pada masakan mama!!!
okey, enjoy dis pix!!!




membelasah durian sampai kenyang then pose!!!! hehe~



Owh kak yayang dah nak balik ke Selangor....ayuh sayang!!! kita 'peluk rinduuuuu'.......


Bye kak yayang!!!!!
....esok nyer....doyan tak cukup daaaa~
PapaTuk beli lagi!! baik punyaaaa...


untuk hantu doyan duorang neh....


hehe~
Oklah, ini dia cinta hati saya!!! (kak yayang tader...)
Thursday, April 21, 2011
aNtara ANak, kErjaya dan kEluarga... MAJIKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA!

Ini petikan daripada ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Robia Kosai:
Majikan disaran supaya mengadakan pusat jagaan bayi di premis masing-masing bagi kemudahan kakitangan bergelar ibu.
Langkah itu perlu memandangkan 55% wanita di Malaysia sanggup berhenti kerja bagi menjaga dan menyusukan bayi secara eksklusif.
Kemudahan itu juga bertujuan membantu mengurangkan angka perceraian di kalangan ibu bapa berikutan masalah penjagaan anak...
sangat kagum dengan wanita muda ini!!!
Saturday, April 9, 2011
ALya & bObby...
abis kepala ngan telinga Bobby jd mangsa gomol Alya...basah dek hingus! tengok macam tu, aku pon amek la mandikan si Bobby...
pas keringkan ngan w'machine, aku teros gantung pada hanger dan sangkut kat besi buaian....hahaha!! menangis sungguh Alya bila tengok Bobby dia tergantung kat besi buai!!!
Langsong tak lena tido 1 hari!!!! So, hari ni bila Bobby dah bersih, kering, Alya kemain suka!!! peluk2...ramas2...picit2 muka Bobby...kalau la patung beruang tu boleh cakap, dah lama dia jerit kesakitan...hehe!!!! Tengok tu....tido lena bila ada Bobby dia.......
Sayang kemain ngan Bobby...
p/s: lega Mummy bila Alya tak lagi berkepit ngan selimut 'Kukulama'...hehe!!

















