Friday, November 20, 2009

pAhit itU pEnawAr...

Allah sentiasa menguji hambaNya...

Sebagai hamba yang lemah, aku sering leka dengan mainan dunia...ada waktu aku bersujud seikhlasnya di atas sejadah...memohon keampunan Allah...merayu agar diberi ketenagan, kebahagiaan, dipermudahkan dalam urusan seharian serta di kurniakan zuriat penyambung nyawa...Namun biasanya aku lupa utk menjadi hamba yang ikhlas...benar2 lupa...
Semalam aku sekali lagi diduga...ternyata kasih Allah pada hambaNya datang dalam pelbagai rupa...
Selepas terbabit dalam kemalangan bas awal pagi Khamis, 9 April lalu...aku dihadapkan dengan kemalangan dua kereta di Susur 6, Jalan Tun Abdul Razak, JB...

Khamis, 19 November 2009

Alhamdulillah...
demi
Allah aku bersyukur kerana masih diberi peluang menghela nafas sebaik terjaga dr tidur...Jarang sekali aku baca Yasin sesudah subuh...selalunya aku buat slpas solat Isyak...namun pagi ini betul2 menyentap hati...
'aku masih di sini...'

mengingati kejadian semalam secara ringkas;

aku memang tak sempat nak update blog...jd semalam aku post terus di Facebook...


AyuiNtan TaMara trauma nyaris dihempap kereta yang terbabit kemalangan di Susur 6, Jalan Tun Abdul Razak, JB...Syukur pada Allah kerana masih diberi nikmat hidup di dunia ini...


AyuiNtan TaMara
panjang critanyer...aku dr Larkin, lalu susur nak ke skolah di BB Uda...odw ada 1 kreta wira pecut dr bblakang keta aku mcm hantu...smpai susur keluar ke Jln TARazak, wira xsempat brek then rempuh tepat sisi Jazz kat depan... Aku dr blakang pon panik...pedal minyak tekan tp mujur tgn cepat free gear...Jazz melambung mcm kertas seblum jatuh terbalik betul2 depan keta aku...jarak dalam 2-3 meter...aku terus kuar tlg tarik, ada 1 budak umur 8 tahun, abg dia ngan mak dia...dorg cdera...mujur aku smpat brek...Break pad aku dah la haus...kalo tak, mmg aku duk bwh keta tu.... =(
Today at 14:05 · Delete


memandangkan kejadian berlaku di depan mata, jadi aku kongsikan pengalaman itu dengan kawan-kawan dan pembaca Harian Metro...


Melambung dua meter


Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Wartawan dan jurugambar yang dalam perjalanan membuat liputan pengumuman keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2 (SKBU2) sempat menyaksikan detik cemas kemalangan tiga sekeluarga menaiki kereta jenis Honda Jazz dirempuh sebuah Proton Wira di Susur 6, Jalan Tun Abdul Razak di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 pagi itu, kereta dipandu Shahariza Kwok Abdullah, 48, bersama dua anaknya melambung setinggi hampir dua meter sebelum terhempas ke jalan dalam keadaan tayar ke atas.

Lebih mencemaskan, kedua-dua kenderaan yang terbabit kemalangan hampir mengundang malapetaka kepada pengguna jalan raya lain.

Orang awam yang melalui jalan berkenaan terus memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum berlari ke arah mangsa bagi menghulurkan bantuan kecemasan.

Nasib ternyata menyebelahi dua anak Shahariza apabila dilihat berupaya menyusup keluar dari cermin kenderaan walaupun dalam keadaan terkejut.

Menurut seorang anak mangsa, ibunya dalam perjalanan dari Bandar Baru Uda ke Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent bagi menghantar adiknya, Norazirah Khan Ahmad Khan, ke sekolah.

Malang menimpa mangsa apabila kereta yang dipandu masuk ke susur Jalan Tun Abdul Razak dirempuh sebuah Proton Wira dalam keadaan laju.

Ketika dibantu orang ramai, Norazirah kelihatan bingung sambil tidak henti memanggil ibunya yang tersepit di bahagian pemandu.

Hasil bantuan orang ramai, Shahariza berjaya dibawa keluar daripada kenderaan dalam keadaan lemah dan hampir pengsan sebelum ambulans tiba kira-kira lima minit kemudian.

Identiti pemandu Proton Wira tidak diketahui, namun kenderaan dipandu tidak berganjak daripada pembahagi jalan kerana bahagian hadapan kereta hancur.

Semua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut sementara polis mengawal lalu lintas.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian menggeleng kepala kerana tidak menyangka mangsa terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Deputi Superintendan Ooi Kok Seong, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


~rentetan kejadian, aku mula berfikir lebih rasional...aku perlu lebih bersabar di jalan raya...

SatU Lag! LaGu faVouRite Aku... =)

StILL LoViNg yOU by ScOrpiONs

Time, it needs time
To win back your love again.
I will be there, I will be there.

Love, only love
Can bring back your love someday.
I will be there, I will be there.

Fight, babe, I'll fight
To win back your love again.
I will be there, I will be there.

Love, only love
Can break down the walls someday.
I will be there, I will be there.

If we'd go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.

Your pride has build a wall, so strong
That I can't get through.
Is there really no chance
To start once again?
I'm loving you.

Try, baby try
To trust in my love again.
I will be there, I will be there.

Love, your love
Just shouldn't be thrown away.
I will be there, I will be there.

If we'd go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.

Your pride has build a wall, so strong
That I can't get through.
Is there really no chance
To start once again?

If we'd go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.

Yes I've hurt your pride, and I know
What you've been through.
You should give me a chance
This can't be the end.

I'm still loving you.
I'm still loving you,
I need your love.
I'm still loving you.
Still loving you, baby...

Tuesday, October 6, 2009

kNapa ye?

Ntah ape yang buat aku senang hati hari neh...lapang jek rasa...sampaikan terjaga banyak kali time tido mlm td...mcm tak sabar-sabar nak tunggu pagi...
Pelikkan? jam 4.30 pagi aku dah terjaga...mlm td balik kepenatan, tak sempat mandi pon dah tertido...So, bila dah bgn awal, aku mandi awal...cuci rambut dan sarung baju tido...hehe~ mcm la nak tido lama kan...memandangkan laptop pon tgh ternganga, aku layan la FarmVille jup...sedar2, masjid sebelah dah ngaji pon...alahai, syaitan mmg penggoda setia. Time tu la mata tetiba mengantuk balik...ikut rasa mmg nak sambung terus tido. Tapi, bila pejam mata jek, hati pulak rasa tak tenteram...dtg pulak bayangan maut waktu tido...urm~ cepat2 aku bangun, amek wuduk dan solat...lepas kejutkan hbby (through h/phone) dan baca niat puasa, baru lah smbung tido dengan senang hati...
Skrg dah pukul 3.15 pm, tp aku tertunggu2 jugak, knapa aku senang hati? hehe~ padahal nak diikutkan, aku spatutnya susah ati... =) yer la, nak kene manage 2-3 bill yg termiss sbb keborosan waktu raya ari tuh...
Apepon, bukan xbersyukur sbb senang ati...tp jd susah ati plak bila fikir napa tetiba hari n senang ati...heheh~
Napa ye?

Monday, October 5, 2009

rAmai taNya; bILa nAk dApat bAby?

Lemas betul bila terpaksa jawab soalan panas neh...kalo setakat kengakawan yang jumpa hari2 tu mybe dah terbiasa kot...neh kengkawan lama yg jumpa kat FB, sedare mare...
haih...rezeki, ajal dan maut semuanya milik Allah...sapa tak mahu anak? Of course aku nak cepat2...tp kita ni mampu usaha, yg nak beri tu kuasa Allah...
Lagipun, bila dah ada, aku takkan lupa nak bgtau suma org...tak baik sorok perkara baik kan...
aku sure, DIA lebih tahu sama ada aku dan hubby sudah bersedia atau tak... =)

Sunday, October 4, 2009

Apa nAk jAdi???

puas ku renung bulan yang jauh, tapi tiada sebarang berita...
kecil mata mengadap mentari, air mata mengalir juga...
::petikan dari - hati kecil aku... hehe~

kesal dengan dunia hari ini...kadang2 terbit rasa untuk membantu namun tangan pulak yang tak sampai...entah apa nasib dunia...semoga mangsa bencana alam dilimpahi rahmat dan pertolongan dari Allah...

semalam aku bukak Channel 5 - Tv Singapura...
kalo tanya terhibur atau tak, aku sure ramai yang cukup terhibur dengan konsert F1 Rocks Singapore Asia Live yang ditayangkan...apalagi peminat No Doubt@ Gwen macam aku...tapi dalam aku duk melayan rancaknya lagu Hella Good, tetiba aku teringat pada gempa bumi di Padang, Indonesia...
Geram pulak rasa nyer...kalau hendak dicatu, Singapura antara negara paling dekat dengan Pulau Sumatera...namun tergamak negara Republik tu menjemput ramai penyanyi antarabangsa terkinja-kinja di pentas diorang...apalah salah kiranya event tu ditangguh sementara? Tak berhati perut ke mereka???
Bersyukur aku duduk di bumi Malaysia...walaupun dikatakan banyak kekurangan berbanding Singapura, namun aku bangga kerana kita sentiasa memikirkan orang lain berbanding kesenangan sendiri...malah, sejak bertahun2 kebelakangan ni, negara kita sanggup tangguhkan apa saja event berbentuk hiburan semata-mata menghormati negara2 yang menjadi mangsa bencana alam...

haih...apa nak jadi???

Saturday, October 3, 2009

hUjan...

Teringat kenangan zaman kecik2 dulu...suka betul aku dengan hujan...pantang mama ngan abah tak ada di rumah je, aku terus melompat kat tengah2 rumput karpet...main hujan sepuas2nya...
Seronok...sapa yang tak suka main hujan? Hehe...
Masa tu, aku masih blajar di sekolah rendah...nenek dan arwah aki pulak tinggal sepelaung je dari rumah...yang seronoknya, rumah nenek kat bawah kawasan berbukit...bila hujan je...urm, terloncat2lah aku dengan dua sepupu lelaki...dapat air terjun konon nyer...masa tu, keluar lah semua idea menarik...dari bermain sampan kertas sampailah berkubang mengalahkan kerbau...semuanya jadi seronok...guruh petir jadi muzik...kami bertiga menari2 kat tengah2 laman mcm org tak pernah jumpa hujan... =D
Nenek yang duduk kat depan pintu rumah bukan main risau...takut cucu-cucu kene panah petir...tapi, bila nenek hilang sabar, hahaha...habis kitorang kene hambat dengan lidi....
Masa tu la arwah aki muncul...'Bior kan ajer Limah...kang kalo ader yang kene panah petir, kita hantor je spital...' Hahahaha!!! mmg seronok bila ade pembela...selagi tak biru jari tangan, kaki ngan mulut, jangan harap la nak masuk mandi...tapi bila esok nyer demam...nenek jugak la jd tempat aku bergesel...'Nek, sakit sini...sakit situ...lenguh sini...lenguh sana...'
Bukan tak mau mengadu sakit dengan mama atau abah, tapi takuuutttt...hehe, kalo rahsia (main hujan) pecah, alamat bertambah la penyakit yg dapat...paling tidak pon rotan...
Zaman bercinta pon byk kenangan aku, hbby dan hujan...zaman skarang, kawan2 aku yg bercinta, semua dah tak de jalan2 kaki kot...pegi mana2 pon ader kereta, motor...paling tidak pon naik LRT, teksi...tapi zaman aku dulu (tujuh tahun lepas), pegi mana2 pon jalan kaki, naik basikal...paling best pon naik bas Rahmat Alam... =) seronok! sama2 susah, sama2 senang...sama2 panas, sama2 kuyup kene hujan....
Sampai skarang aku sukakan hujan...sejuk dan mendamaikan...
Bila hujan je, ingatan aku takkan lepas dari terbang mengingatkan keluarga...rindu...
Urm...hari ni satu hari, hari hujan...lepas bosan menikmati tempias hujan dekat tingkap, baru lah aku mengadap laptop...
hujan... =)