Friday, November 27, 2009

Lagu uNtUkmu...

~Walau berjuta mendengar lagu ini hanya untuk mu~

Rindu aku nak balik Pahang...lepak Kuantan...siyes aku rindu giler nak joging kat kat Teluk Cempedak...Mandi laut...lepak makan aiskrim McD smpai muntah...layan penyanyi jalanan...pelawak jalanan...pelukis jalanan...
windu nak melalak mcm org lupa diri ngan kengkawan yang mengong biol...

Urm...yg penting, feel free to do anything...ape saja yang terlintas kat kepala, aku misti nak buat! tak kira la org kata bodoh atau cerdik...yg penting aku hepi giler...

Teringat kegilaan zaman menyandang gelaran remaja dulu...ada org kata aku mengong sbb kayuh beskal malam2...tapi aku rasa hepi! peluh kuar....macam dunia ini aku yang punya!!!!

hehe~ kalo dulu pakai sleeveless @ baby T ngan suar kontot atas pale lutut pon org tak kisah...tp skang kalo pakai, msti ader yg kata aku tak sedar diri...hahaha~

Bila agaknye aku boleh singgah ke bumi penuh kenangan tu ek??

Urm...pasir tempat aku tanam impian...sorot kenangan....

dan...terciptalah lagu kita~

Tuesday, November 24, 2009

hAppy BirtHday FarAhShaLiza...

hari neh besday farah yang ke-25...aku sempat wish through SMS jek...tak tau la ape crita Miss World neh kat KL...rase nye dah hampir @ lebih 6 bulan kitorg tak jumpa...
Kehidupan hari ni banyak membezakan aku dengan sahabat aku neh...
aku dah kawen~ duk jauh d JB...
Farah pulak masih single mingle and jerit Hip..Hip...HOrayy!!!! bila-bila suka... =)

Farah,
Utk ko yang aku syg...
Semoga panjang umur, murah rezeki dan ditetapkan iman...
Aku jugak doa semoga ko bertemu dengan Mr Right!
Bila dah jauh, aku tak tau nak wish cemana~

Hav a great birthday party my dEar!!! May all ur wishes comes true!!!!

EntRy tAk jAdi...

few days lepas aku ader post dua entry baru...rase nyer elie jek kot yang sempat nampak...tu pon sbb aku prasan komen dia yg dicekik kemusyikilan tuh...hahaha~ tp tak tau la kot ader lagik insan lain yang sempat baca...ntah ape mimpi aku, banyak pulak idea dtg sampai ter~post kat tamarablizz...
btw, bagi yang sempat baca, itu sebahagian imaginasi aku utk mula menulis novel online~ selepas berfikir panjang, aku plan nak bukak blog khas utk isi kandungan penuh novel berkenaan.
Malang tak berbau~ aku p delete teros...aku engat dah simpan kat laptop....isk!!!
tak pe lah, bukan rezeki la tuh...
dalam malas2 tengahari yang sejuk n, aku mula terfikir nak nyambung tulis novel (yang neh hasrat nye nak di bukukan...) secara serius... sblm ni aku ada menulis...tapi smpai bab 5, semangat aku jadi hangat2 chicken shit!! jadi lepas neh, mybe la aku leh smbung menulis bila2 free....

Monday, November 23, 2009

MiSi taMbaH dAgiNg =)

Adeh...bosan bila tak de keja...tap malas bila ade banyak keja...arghh!!! aku da tak leh nak concentrate pd keja...dlm otak cuma ada CUTI...CUTI...dan CUTI...
dalam seminggu dua neh aku menghadapi Sindrom Tahan Lapar tahap GABAN!!! susah nyer nak telan nasik...dah la diri seniri makin kurus...guane la agak nye kalau berat makin turun...
Any solutions?? stakat neh orang asik rekemen aku vitamin, weight gain, cheese...urgh!!! nak aje aku pekik kuat2, VITAMIN ngan CHEESE tak JALAN!!! WEIGHT GAIN takut nak try....kang over kembang lak kang....
Aduhai, apa lah nasib kan...kang gastrik smula kang, aku jugak yang dipersalahkan...sudahnyer, utk mengelakkan perut kosong, aku bedal makan MAMEE...huhu~
Malam neh tak sempat aku nak merayap carik ape2 yang boleh dimakan sbb ader saimen kat UTM...mybe malam esok la kot...
Apepon, misi utama 2010 = untuk tambah berat badan...lepas setel pasal berat, baru aku tambah plan baru...hehe~
Sebenarnye, bila duk menung sensorang, aku terpikir napa ramai org nak badan kurus? kurus sgt pon buruk ape?? aku bukan tak bersyukur, tapi aku nak tambah daging jek...heee~

Friday, November 20, 2009

pAhit itU pEnawAr...

Allah sentiasa menguji hambaNya...

Sebagai hamba yang lemah, aku sering leka dengan mainan dunia...ada waktu aku bersujud seikhlasnya di atas sejadah...memohon keampunan Allah...merayu agar diberi ketenagan, kebahagiaan, dipermudahkan dalam urusan seharian serta di kurniakan zuriat penyambung nyawa...Namun biasanya aku lupa utk menjadi hamba yang ikhlas...benar2 lupa...
Semalam aku sekali lagi diduga...ternyata kasih Allah pada hambaNya datang dalam pelbagai rupa...
Selepas terbabit dalam kemalangan bas awal pagi Khamis, 9 April lalu...aku dihadapkan dengan kemalangan dua kereta di Susur 6, Jalan Tun Abdul Razak, JB...

Khamis, 19 November 2009

Alhamdulillah...
demi
Allah aku bersyukur kerana masih diberi peluang menghela nafas sebaik terjaga dr tidur...Jarang sekali aku baca Yasin sesudah subuh...selalunya aku buat slpas solat Isyak...namun pagi ini betul2 menyentap hati...
'aku masih di sini...'

mengingati kejadian semalam secara ringkas;

aku memang tak sempat nak update blog...jd semalam aku post terus di Facebook...


AyuiNtan TaMara trauma nyaris dihempap kereta yang terbabit kemalangan di Susur 6, Jalan Tun Abdul Razak, JB...Syukur pada Allah kerana masih diberi nikmat hidup di dunia ini...


AyuiNtan TaMara
panjang critanyer...aku dr Larkin, lalu susur nak ke skolah di BB Uda...odw ada 1 kreta wira pecut dr bblakang keta aku mcm hantu...smpai susur keluar ke Jln TARazak, wira xsempat brek then rempuh tepat sisi Jazz kat depan... Aku dr blakang pon panik...pedal minyak tekan tp mujur tgn cepat free gear...Jazz melambung mcm kertas seblum jatuh terbalik betul2 depan keta aku...jarak dalam 2-3 meter...aku terus kuar tlg tarik, ada 1 budak umur 8 tahun, abg dia ngan mak dia...dorg cdera...mujur aku smpat brek...Break pad aku dah la haus...kalo tak, mmg aku duk bwh keta tu.... =(
Today at 14:05 · Delete


memandangkan kejadian berlaku di depan mata, jadi aku kongsikan pengalaman itu dengan kawan-kawan dan pembaca Harian Metro...


Melambung dua meter


Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Wartawan dan jurugambar yang dalam perjalanan membuat liputan pengumuman keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2 (SKBU2) sempat menyaksikan detik cemas kemalangan tiga sekeluarga menaiki kereta jenis Honda Jazz dirempuh sebuah Proton Wira di Susur 6, Jalan Tun Abdul Razak di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 pagi itu, kereta dipandu Shahariza Kwok Abdullah, 48, bersama dua anaknya melambung setinggi hampir dua meter sebelum terhempas ke jalan dalam keadaan tayar ke atas.

Lebih mencemaskan, kedua-dua kenderaan yang terbabit kemalangan hampir mengundang malapetaka kepada pengguna jalan raya lain.

Orang awam yang melalui jalan berkenaan terus memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum berlari ke arah mangsa bagi menghulurkan bantuan kecemasan.

Nasib ternyata menyebelahi dua anak Shahariza apabila dilihat berupaya menyusup keluar dari cermin kenderaan walaupun dalam keadaan terkejut.

Menurut seorang anak mangsa, ibunya dalam perjalanan dari Bandar Baru Uda ke Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent bagi menghantar adiknya, Norazirah Khan Ahmad Khan, ke sekolah.

Malang menimpa mangsa apabila kereta yang dipandu masuk ke susur Jalan Tun Abdul Razak dirempuh sebuah Proton Wira dalam keadaan laju.

Ketika dibantu orang ramai, Norazirah kelihatan bingung sambil tidak henti memanggil ibunya yang tersepit di bahagian pemandu.

Hasil bantuan orang ramai, Shahariza berjaya dibawa keluar daripada kenderaan dalam keadaan lemah dan hampir pengsan sebelum ambulans tiba kira-kira lima minit kemudian.

Identiti pemandu Proton Wira tidak diketahui, namun kenderaan dipandu tidak berganjak daripada pembahagi jalan kerana bahagian hadapan kereta hancur.

Semua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut sementara polis mengawal lalu lintas.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian menggeleng kepala kerana tidak menyangka mangsa terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Deputi Superintendan Ooi Kok Seong, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


~rentetan kejadian, aku mula berfikir lebih rasional...aku perlu lebih bersabar di jalan raya...

SatU Lag! LaGu faVouRite Aku... =)

StILL LoViNg yOU by ScOrpiONs

Time, it needs time
To win back your love again.
I will be there, I will be there.

Love, only love
Can bring back your love someday.
I will be there, I will be there.

Fight, babe, I'll fight
To win back your love again.
I will be there, I will be there.

Love, only love
Can break down the walls someday.
I will be there, I will be there.

If we'd go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.

Your pride has build a wall, so strong
That I can't get through.
Is there really no chance
To start once again?
I'm loving you.

Try, baby try
To trust in my love again.
I will be there, I will be there.

Love, your love
Just shouldn't be thrown away.
I will be there, I will be there.

If we'd go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.

Your pride has build a wall, so strong
That I can't get through.
Is there really no chance
To start once again?

If we'd go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.

Yes I've hurt your pride, and I know
What you've been through.
You should give me a chance
This can't be the end.

I'm still loving you.
I'm still loving you,
I need your love.
I'm still loving you.
Still loving you, baby...