Tuesday, May 17, 2011

iNfo MiNggu iNi: deMam cAmpAk!!


CAMPAK adalah sejenis penyakit yang mudah menyerang kanak-kanak kecil. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus dan mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah umur 10 tahun.

Penyakit ini boleh berjangkit apabila seseorang itu terdedah kepada pengidap campak. Iamerebak melalui udara, apabila pesakit bercakap, batuk bersin ataupun berludah.
Sungguhpun campak dianggap biasa ianya boleh mendatangkan komplikasi, terutamanya sekiranya kanak-kanak itu lemah dan taraf pemakanannya juga berkurangan.
Peringkat di mana penyakit ini mudah berjangkit ialah ketika sebelum ruam campak keluar yakni di antara 10 hingga 14 hari.
Kadar teruk penyakit ini berbeza dari seorang ke seorang berdasarkan taraf pemakanan dan kesihatan seseorang.
Kadangkala penyakit ini ringan — kanak-kanak itu demam sedikit sahaja diikuti dengan tumbuh ruam-ruam merah dan tidak beberapa hari kemudian sembuh dengan sendiri.

Bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda seperti berikut.

Tanda-tanda awal penyakit pada bayi; biasanya bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah.
Lagi satu tanda awal demam campak ialah terdapatnya bintik-bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.
Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing.

Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan!!!

Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala menurun ke tangan, badan dan kaki.
Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.
Jika keadaan kesihatan anak kurang memuaskan dan anak itu pula kurang zat makanan dan kurang daya tahan penyakit campak itu lebih teruk dan ruam campak akan mening-galkan bekas hitam.

Pada ketika ini juga keadaan batuk yang teruk dan kadangkala anak sesak atau susah bernafas.


Komplikasi sampingan
-------------------------------

Biasanya sekiranya keadaan kesihatan kanak-kanak baik, kuat daya tahan dan taraf pemakanan baik, campak akan mudah sembuh.

Sebaliknya, sekiranya taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru, jangkitan otak dan lain-lain, maka lambatlah mereka sembuh.
Jangkitan telinga biasanya berlaku dalam hari kelima dan keenam di mana kadangkala sakit itu disertai dengan keluar nanah.
Jangkitan saluran pernafasan dan paru-paru biasanya boleh dikesan apabila batuk bertambah teruk dan kadar pernafasan dan kadar nadi tinggi dan juga suhu badan naik semula.

Kalau kanak-kanak ini dirawati segera ini akan mengambil masa selama lebih kurang tujuh hingga 10 hari untuk sembuh.

TAPI, jika anak ini tidak menerima rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk dan boleh membawa maut.

Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan paru-paru ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.

Biasanya ibu-ibu tidak tahu bahawa jangkitan paru-paru ini boleh berlaku akibat dari penyakit campak. Satu lagi komptikasi yang boleh timbul akibat penyakit campak ialah seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu.
Rawatan boleh menyembuhkan kanak-kanak itu dari komplikasi tersebut tetapi kadangkala terjadi juga kecemasan di mana kanak-kanak itu tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh.

Apapun, 60 hingga 70 peratus dari kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 peratus lagi diserang komplikasi akibat campak.


PERINGATAN KEPADA IBU-IBU!!!

* Jangan pandang ringan pada demam campak. Sebaik saja tanda penyakit campak dikesan, bawa anak berjumpa doktor.
* Bagi anak-anak yang sedang demam campak berikan dia minum air yang banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah serta cirit-birit mendapat gantian.
* Pastikan suhu badan turun dengan mendemah badan anak dengan air sejuk. Pakaikan dia pakaian nipis.
* Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.
* Sekiranya anak batuk teruk atau susah bernafas, bawa cepat ke hospital untuk dirawat.
* Biasanya doktor akan memberi ubat bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin menyerang.
* Tidak ada ubat tertentu untuk menyembuhkan penyakit ini.
* Beri makanan yang berzat kepada anak-anak untuk meninggikan taraf makanan dan kesihatan anak.


KAEDAH PENCEGAHAN?

Pada masa sekarang terdapat vaksin yang boleh mencegah penyakit campak. Pelalian ini diberikan kepada kanak-kanak dari usia sembilan bulan hingga dua tahun. Kanak-kanak bawah enam tahun juga boleh diberi pelalian ini. Pelalian ini boleh didapati dari semua klinik dan pusat kesihatan untuk mencegah campak dan mengelakkan dari sebarang komplikasi.


Sumber asal: Seribu Warna Pelangi
Capaian baru: Harmoni

Saturday, May 14, 2011

aZaM 2011~

well...well...well....menanam azam tak semestinya awal tahun kan...macam ai...Azam tahun n baru muncul di benak fikiran...ehem~
Kalau tahun lepas azam nak ade baby, nak beli rumah dan nak naik gred (kerjaya)...tahun n pulak ada 1 azam baru... =) apadiaaaa???? ai nak bertudung... =)
Sebelum n ai mmg pakai tudung u...tapi ai pakai waktu kerja @ g kenuri saje...teruk kah? rasa nyer x kot..perubahan itu perlu ikhlas kan...
Semoga ai dapat memenuhi azam tahun n dengan baik...Amin!

***credit to Radiusite sbb jual macam2 hijab menarik sehingga hati ai terbuka untuk bertudung!!! =P

Monday, May 9, 2011

rINdu...tErLerai sudAH...

Sejak habis cuti berpantang hari tu, susah betul ai nak jumpa anak-anak buah kesayangan ~
:: Puteri Nur Airiena @ Kak Yayang ::
:: Muhammad Cyrill Danish @ Encem ::
:: Puteri Damia Qistina @ Anis ::

sangat rinduuuuu.........hehe!! Walaupun Mummy ada Puteri Alya Aryssa, tp Mummy ttp syg kamooo..kamooo...hanyalah kamooo di hatikuuuu~ hehe!!

dek kerana rindu, ai ambil cuti seminggu...kebetulan semua adik beradik sepakat utk balik ke kampung dan berkumpul beramai2!!! yeay!!!

...dan pada 30 April & 1 Mei 2011...

tiada agenda istimewa melainkan melepas rindu pada masakan mama!!!
okey, enjoy dis pix!!!






membelasah durian sampai kenyang then pose!!!! hehe~




Owh kak yayang dah nak balik ke Selangor....ayuh sayang!!! kita 'peluk rinduuuuu'.......



Bye kak yayang!!!!!



....esok nyer....doyan tak cukup daaaa~
PapaTuk beli lagi!! baik punyaaaa...



untuk hantu doyan duorang neh....



hehe~

Oklah, ini dia cinta hati saya!!! (kak yayang tader...)

Thursday, April 21, 2011

aNtara ANak, kErjaya dan kEluarga... MAJIKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA!


Ini petikan daripada ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Robia Kosai:

Majikan disaran supaya mengadakan pusat jagaan bayi di premis masing-masing bagi kemudahan kakitangan bergelar ibu.

Langkah itu perlu memandangkan 55% wanita di Malaysia sanggup berhenti kerja bagi menjaga dan menyusukan bayi secara eksklusif.

Kemudahan itu juga bertujuan membantu mengurangkan angka perceraian di kalangan ibu bapa berikutan masalah penjagaan anak...

sangat kagum dengan wanita muda ini!!!


***sekadar gambar hiasan***


pix dari google.com

Saturday, April 9, 2011

ALya & bObby...

Sukar dipisahkan...semakin hari, Pincess Mummy n makin sayang pada Bobby nyer!!! Semalam, ambik dari rumah pengasuh, Alya dah selsema teruk...mak aih~ meleleh2...asik acom! acom! jek...sampai je kat umah, aku tengok ngan Bobby skali 'meleleh selsema' !! haha~
abis kepala ngan telinga Bobby jd mangsa gomol Alya...basah dek hingus! tengok macam tu, aku pon amek la mandikan si Bobby...

Bobby: yeay!!!! mandi time!!!!

pas keringkan ngan w'machine, aku teros gantung pada hanger dan sangkut kat besi buaian....hahaha!! menangis sungguh Alya bila tengok Bobby dia tergantung kat besi buai!!!
Langsong tak lena tido 1 hari!!!! So, hari ni bila Bobby dah bersih, kering, Alya kemain suka!!! peluk2...ramas2...picit2 muka Bobby...kalau la patung beruang tu boleh cakap, dah lama dia jerit kesakitan...hehe!!!! Tengok tu....tido lena bila ada Bobby dia.......

berkerut dahi kene flash!!!


Alya, Papa dan Bobby~


Alya, Mummy dan Bobby~

Sayang kemain ngan Bobby...

p/s: lega Mummy bila Alya tak lagi berkepit ngan selimut 'Kukulama'...hehe!!

Monday, April 4, 2011

pLay tiMe!!!

Sebelum n aku slalu jugak dok ngabiskan masa termenung...melayari internet sampai berjam2 semata2 nak mencari mainan sesuai untuk Pinces Alya...then, bila kuar shoping & singgah ke Mom's Care...Mother Care...dan segala kedai barang Mom n Baby, baru lah aku tau...rupe nyer banyak sangat menan baby yg sesuai ngan usia anak2 kita neh...

tada!!!!!!! rattle set!!


sesuai utk baby mcm Pincess Alya!!


yup!!! gardenbug dia sgt cute!!!!


so, inilah 'khasiat' mainan comel neh~


seronok belajar ngan mainan mummy beli.....


urm~ bukan stakat seronok je...boleh buat aksesori tambahan lagi haaaa!!!!

Sangat cute kan? Mainan keluaran Lamaze ni semua colorful and cute!!! sangat bagus dan sesuai utk meransang perkembangan otak baby...yang ni, aku beli kat Jusco dengan harga RM49.90!! siap dapat diskaun lagi!!!! hehe~