Monday, May 23, 2011

tErgAmak kAmu wAhai ibU!

Bila terpaksa bermalam di wad (jaga Alya yg admitted sbb demam panas), ai lebih suka tengok gelagat orang sekeliling...macam2 ragam. Ada yang prihatin dengan anak, ada yang over protective, ada yang endah tak endah dan ade jugak yang suka betul tunjuk 'betapa garang dan pandai nye ibu mendidik kamu!'...
Dan malam n, gelagat ibu muda berdekatan katil Alya pulak yg jadi perhatian...pada penglihatan ai, si anak berumur lebih kurang setahun...lincah, aktif, suka diberi perhatian...
Urm jam pulak dah cecah 10.30 mlm...si anak masih nak bergurau senda, bermain dan melihat keadaan sekeliling...si ibu pulak berubah2 mood nyer..sekejap tegur si anak, 'bila nak tidur ni?'....sekejap ajak bermain, 'ok! 123!!!!!'....bila si anak teruja, ibu panggil pulak sang cicak! 'Cicak....haaah ambik aimi!!! Dia tanak tido!' Urm, menjerit la pulak si kecik comel...
Tp aku sentap seketika bila mood ibu bertukar sekelip mata...
Ibu: Meh makan nak?
Anak: (ketawa sambil baling makanan diberi)
Ibu: kenapa buang!!! (Tepuk jari si kecil) biasa dia buat macam tuh!!! Dah tido!!! Tido!!!! (si anak diangkat dan dihenyak atas katil)

Iya, mgkin tujuan si ibu utk bersikap tegas dlm mendidika anak...tp si kecil tu hanyalah insan kerdil!!! Insan yang sepatutnya dibelai dan ditegur dgn penuh kasih sayang...
Betul!! Ai sendiri pon pernah cakap kat Alya 'haippp!!! haippp!!!!' Tp tak tergamak menghenyak si anak ke tilam dgn kasar!!! Cukuplah mengangkat telapak tangan sebagai tanda kita tak setuju @ xsuka dgn perbuatan si anak...

Tau apa respon si anak dlm cerita ni? Dia datang pada si ibu dan memeluk erat wanita yang dianggap penyelamat dalam hidup nya!!!!! Si ibu? Berkeras mengangkat semula tubuh si kecil dan menghenyak semula ke tilam - mungkin geram anaknya enggan mendengar kata...

ohw, sebagai penutup cerita, ada penampar halus di lengan si kecil...ucapan selamat malam pula berbunyi,
'ei!!! budak n kang aku babap (pukul) kang!!!'

Saat tu ai tengok si kecil merengek sedih...mungkin hampa dengan layanan ibu nya...

Tergamak sungguh kamu wahai si ibu...itu AMANAH buat kamu di dunia!!!! Peliharalah dengan kasih sayang!!!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, May 22, 2011

UpdAte bLog tHru bLackBerry!!!

TQ to owner blog Khayrany @ Kai!!! Ilmu baru neh!!!! Ai xcited!!!! Pasni boleh la update blog dimana jua ai berada!!!!! Hehe!!!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

*Anak yatim maut tertimbus syahid*

Sumber: Sinar Harian

SHAH ALAM - Kematian mereka bukan sia-sia. Allah sudah janjikan ganjaran syahid bagi sekumpulan anak yatim terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, petang semalam.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, mengikut hukum, Islam yang menemui ajal secara tragis se-perti akibat kebakaran, kemalangan jalan raya atau bencana alam dan mati ketika tidur, dikategorikan sebagai syahid.

“Mereka dapat syafaat Allah, itu janjiNya,” katanya.

Beliau mengulas kematian anak-anak yatim penghuni Rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, petang semalam.

Bagaimanapun menurut Mohd Tamyes, jenazah mereka masih perlu diurus seperti jenazah mati biasa, iaitu mandi, kafan dan disolatkan.

Beliau mengingatkan pengasas rumah kebajikan, termasuk rumah anak yatim di seluruh negara, pastikan bangunan mereka tiada risiko musibah.

“Jangan bina di lereng bukit atau berhampiran dekawasan bahaya kepada penghuni,” katanya.

3 IdiOts!!! bEst!!!!

KALAU dicongak2...lebih 10 tahun jugak ai tinggalkan kegilaan terhadap cerita Hindustan neh...mau tak nyer, jalan cerita lebih-kurang same...jumpa, cinta2, dush2 sana sini, hero mati idup semula...keluar lagu, khayalan muncul, menari2...guling2...hurm~
Paling tak tahan bila dengar sound efek dia...perghhhh!!!!! tempeleng pon bergema2...kihkihkih!!!!
Kelmarin, bila adik bongsu ai bukak laptop, beria2 dia suruh ai tengok 3 Idiots neh...skali dengar cam crita omputih...terus terbayang muka Adam Sandler...***senyum sambil mata kedip2 pandang atas***
tetiba adik ai kata 'cita hindustan la chik!'


erkkkk!!!! lah, mcm tak pecaya kan...so, utk puaskan hati adik ai, maka ai klik jugak la crita tu...
untuk 5 minit pertama, ai dah start rasa seronok!!! kalau dulu, ai mmg tak suka AamirKhan sebab dia pendek!! tp skrg ai rasa dia lah hero selautan Hindi!!!! sangat lah muda ini hero!!! gila tuhhh!!!! umur dah 46 tp bawa watak remaja 20-an gitu!!!






aduhhh!!!! Brad Pitt pon kalah u!!!!

Basically, cerita ni dibintangi Aamir Khan, R Madhavan, Sharman Joshi dan Kareena Kapoor.


jalan cerita dia lebih kepada 'flash back' zaman dorang belajar kat Imperial College of Engineering (ICE)...
Aamir sebagai Rancchoddas Shamaldas Chanchad atau Rancho ada otak engineer yg sgt bijak!!!
Madhavan sebagai Farhan ada kelebihan dalam fotografi tp terpaksa akur pd kehendak bapak yg nak dia jadi engineer...
manakala Sharman sebagai Raju pulak seorang yang penakut & xyakin pada kebolehan diri...
tak yah la crita lebih2 kan...korang cari ler CD ker...DVD ker...download dari internet ke....gerenti tak nyesal!!!
mmg tak macam cerita hindustan!!! sangat2 different!!! klako pulak tuh!!!!
walaupun ai dah tengok sekali, ai masih jugak rasa nak tengok lagi!!!!

oh ya, kalau tangok wajah AamirKhan yang dah cecah umur 46 tu...urm, ni lah rupa asal dia...




ohw, misai tu sangat tak seswaiii okeh!!!!

Saturday, May 21, 2011

tRagedi tANah rUntUh di HuLu LaNgat - ALLAH LebIH SayANg..

.
Sabtu yang suram buat rakyat Malaysia...

bukan banjir di kampung setinggan...

bukan tsunami di tepian pantai...

bukan kapal dipukul ribut di lautan...

bukan kemalangan ngeri di Lebuhraya Utara-Selatan...

bukan kes bunuh...

bukan kes rogol...

bukan aduan mangsa penyimbah asid...

bukan aduan ditipu sindiket gores dan menang...

bukan tangkapan pelacur...

bukan rayuan keldai dadah...

tapi teriakan lemah anak yatim yang ditimbus gumpalan tanah...

rintihan pilu anak yatim yang tersepit dalam bencana...

tangisan pilu anak yatim yang dihempap batu dan kayu...

semua ini ternyata berlaku dalam sekelip mata...

Al-Fatihah buat anak-anak yang pergi...semoga kamu ditempatkan dikalangan orang beriman...

Semoga Allah memberikan keselamatan dan kekuatan buat pasukan mencari dan menyelamat...

...dan semoga masih ada anak-anak yang terselamat biarpun tertimbus dalam runtuhan tanah...

Amin Ya Rabbal Alamin...

***ikuti sebahagian berita mutakhir yang dipaparkan media***


Harian Metro - Mutakhir

KAJANG: Seramai 12 orang lagi penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh petang ini.

Sehingga petang ini, seramai tujuh mangsa telah dikeluarkan manakala dua kanak-kanak disahkan terkorban.

Rumah itu menempatkan 49 orang termasuk lima penjaga di mana seramai 28 orang terselamat dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang tadi.

----terbaru, maklumat terkini mangsa yang tertimbus...

Yang meninggal (Al-Fatihah)

1. Azrel (8) 2.Nael (8) 3. Eqim 4. Zaim 5. Rahimi 6. Angah.

Yang selamat

1. Khairul (9) 2. Hairis 3. Harris 4. Aizat 5. Alaudin 6. Abg Din 7. Shafiz 8.Akmal

Yang masih tertimbus

1. Riz (9) 2. Shahrul (9) 3. Boboy (10) 4. Lokman (11) 5. Fahad (9) 6. Aiman (10) 7. Hasril (11) 8. Abg Farid (34) 9. Abg Iwan (33) 10. Hazim (9) ........


Bernama

21 Mei, 2011 21:10 PM


24 Orang Tertimbus Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini Sabtu.

Setakat 8 malam, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu.

Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata polis akan menyiasat punca kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga 8.20 malam operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.

-- BERNAMA


21 Mei, 2011 23:03 PM

Operasi Mencari Dan Menyelamat Diteruskan Walaupun Malam Dan Hujan - Khalid

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat tetap akan diteruskan sehingga semua mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat, ditemui.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar ketika ditemu bual menerusi Astro Awani berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 200 anggota terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis.

"Operasi mencari dan menyelamat ini akan diteruskan sampai semua mangsa ditemui walaupun hari telah malam dan keadaan hujan," katanya.

Dalam pada itu, Khalid turut meminta orang ramai supaya menjauhi tempat kejadian tanah runtuh bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di samping untuk memberi laluan kepada petugas menyelamat menjalankan tugas dengan lancar.

"Setakat ini, saya difahamkan masih ada pergerakan berlaku pada tanah kerana cuaca yang masih hujan. Oleh itu, kita minta supaya orang ramai yang berdekatan dan yang ingin datang melihat, menjauhkan diri dari kawasan kejadian.

"Kita bimbang perkara-perkara yang tidak diingini yang lain pula berlaku," katanya.

Mengenai status rumah anak yatim berkenaan, Khalid berkata pihaknya buat masa ini menumpukan kepada operasi menyelamat terlebih dahulu dan perkara mengenai status rumah anak yatim berkenaan akan disiasat kemudian.

-- BERNAMA

Wednesday, May 18, 2011

SuSu fOrMuLa uNtuk bAby!!

Hari n mood nak kerja mmg kurang sesangat...sambil2 buat itu ini, ai ambik masa untuk blogwalking...selalu nya ai mmg suka singgah kat blog Etiey!! tgk pix baby Eysraf yang cute miut tuhhh!!! and gain some info ttg parenting... hehe~
Ai cukup tertarik ngan isu pilih susu baby n..ye lah, anak ai jenis perut yang sensitif...kalau silap susu, alamat nyer memang sminggu la dia tak poo poo...
Apepon, ai n sama juga macam etiey dan all mommies...pasti nak yang terbaik untuk baby kan...cuma nyer ai bukan dr golongan berkemampuan besar...so, haruslah ai berbelanja dengan sangat teliti dan berhemah! Urm, kalau ai mampu, confirm i ikut jejak etiey!!! InsyaAllah, suatu hari nnti...moga2 ai di murahkan rezeki... =)
owh, cerita pasal susu, ai mula susukan Alya ngan FM bila dh masuk umur dia 2 bulan...tu pon tidak sepenuh nya...baby ai jenis yg suka bergantung! hehe~
memikirkan tahap ekonomi ai yang tak seberapa n, ai decide utk - X berani nak jump to susu mahal...so, i mula dengan Dutch Lady!


tp hairan sikit ngan Alya n...cousin2 dia suma minum Dutch Lady, ok...suma membesar sihat bak juara!! tp Alya tak mao Dutch Lady...jg ai tukar Lactogen..



itupon lepas teringat zaman adik ai baby dulu...Alya mmg suka!! lebih sebulan jugak la Alya minum Lactogen...then Alya jd susah poo poo...Ai syak mama pengasuh dia tak kasi air masak pd Alya...mungkin juga penyusuan dia salah @ xcukup...kesian jugak pada Alya...sakit perut, kembung berhari2...kebetulan i balik KL, bercuti...jd ai sempat la ke KK Sentul..
Lepas chek up, doktor kat KK Sentul suruh Alya kembali ke susu lembu...kata nyer soya just alternatif kalau baby alah ngan protin susu lembu...then ai pilih Anmum...


kata doktor, xada masalah untuk susukan Alya dengan Anmum...alhamdulillah, mujur Alya suka...

Ai agree sesangat bila ada kengkawan ai merujuk pendangan pakar pediatrik untuk penyusuan baby...for sure, mereka biasanya akan suggest susu yg 'sain kontrak' dengan mereka... =) of coz susu yang bagus!!

pada ai, terpulang pada kita sebagai ibu...berikhtiar lah selagi mampu...asalkan anak membesar sihat!!

Untuk mommies yang kurang berkemampuan macam ai, boleh la mencuba FM yang berada dipasaran dengan harga berpatutan...hehe!!

p/s: Doktor kat KK Sentul tu ade ajar macamana nak tukar susu baby secara perlahan spy perut dia tak terkejut...