Friday, November 20, 2009

pAhit itU pEnawAr...

Allah sentiasa menguji hambaNya...

Sebagai hamba yang lemah, aku sering leka dengan mainan dunia...ada waktu aku bersujud seikhlasnya di atas sejadah...memohon keampunan Allah...merayu agar diberi ketenagan, kebahagiaan, dipermudahkan dalam urusan seharian serta di kurniakan zuriat penyambung nyawa...Namun biasanya aku lupa utk menjadi hamba yang ikhlas...benar2 lupa...
Semalam aku sekali lagi diduga...ternyata kasih Allah pada hambaNya datang dalam pelbagai rupa...
Selepas terbabit dalam kemalangan bas awal pagi Khamis, 9 April lalu...aku dihadapkan dengan kemalangan dua kereta di Susur 6, Jalan Tun Abdul Razak, JB...

Khamis, 19 November 2009

Alhamdulillah...
demi
Allah aku bersyukur kerana masih diberi peluang menghela nafas sebaik terjaga dr tidur...Jarang sekali aku baca Yasin sesudah subuh...selalunya aku buat slpas solat Isyak...namun pagi ini betul2 menyentap hati...
'aku masih di sini...'

mengingati kejadian semalam secara ringkas;

aku memang tak sempat nak update blog...jd semalam aku post terus di Facebook...


AyuiNtan TaMara trauma nyaris dihempap kereta yang terbabit kemalangan di Susur 6, Jalan Tun Abdul Razak, JB...Syukur pada Allah kerana masih diberi nikmat hidup di dunia ini...


AyuiNtan TaMara
panjang critanyer...aku dr Larkin, lalu susur nak ke skolah di BB Uda...odw ada 1 kreta wira pecut dr bblakang keta aku mcm hantu...smpai susur keluar ke Jln TARazak, wira xsempat brek then rempuh tepat sisi Jazz kat depan... Aku dr blakang pon panik...pedal minyak tekan tp mujur tgn cepat free gear...Jazz melambung mcm kertas seblum jatuh terbalik betul2 depan keta aku...jarak dalam 2-3 meter...aku terus kuar tlg tarik, ada 1 budak umur 8 tahun, abg dia ngan mak dia...dorg cdera...mujur aku smpat brek...Break pad aku dah la haus...kalo tak, mmg aku duk bwh keta tu.... =(
Today at 14:05 · Delete


memandangkan kejadian berlaku di depan mata, jadi aku kongsikan pengalaman itu dengan kawan-kawan dan pembaca Harian Metro...


Melambung dua meter


Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Wartawan dan jurugambar yang dalam perjalanan membuat liputan pengumuman keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2 (SKBU2) sempat menyaksikan detik cemas kemalangan tiga sekeluarga menaiki kereta jenis Honda Jazz dirempuh sebuah Proton Wira di Susur 6, Jalan Tun Abdul Razak di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 pagi itu, kereta dipandu Shahariza Kwok Abdullah, 48, bersama dua anaknya melambung setinggi hampir dua meter sebelum terhempas ke jalan dalam keadaan tayar ke atas.

Lebih mencemaskan, kedua-dua kenderaan yang terbabit kemalangan hampir mengundang malapetaka kepada pengguna jalan raya lain.

Orang awam yang melalui jalan berkenaan terus memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum berlari ke arah mangsa bagi menghulurkan bantuan kecemasan.

Nasib ternyata menyebelahi dua anak Shahariza apabila dilihat berupaya menyusup keluar dari cermin kenderaan walaupun dalam keadaan terkejut.

Menurut seorang anak mangsa, ibunya dalam perjalanan dari Bandar Baru Uda ke Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent bagi menghantar adiknya, Norazirah Khan Ahmad Khan, ke sekolah.

Malang menimpa mangsa apabila kereta yang dipandu masuk ke susur Jalan Tun Abdul Razak dirempuh sebuah Proton Wira dalam keadaan laju.

Ketika dibantu orang ramai, Norazirah kelihatan bingung sambil tidak henti memanggil ibunya yang tersepit di bahagian pemandu.

Hasil bantuan orang ramai, Shahariza berjaya dibawa keluar daripada kenderaan dalam keadaan lemah dan hampir pengsan sebelum ambulans tiba kira-kira lima minit kemudian.

Identiti pemandu Proton Wira tidak diketahui, namun kenderaan dipandu tidak berganjak daripada pembahagi jalan kerana bahagian hadapan kereta hancur.

Semua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut sementara polis mengawal lalu lintas.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian menggeleng kepala kerana tidak menyangka mangsa terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Deputi Superintendan Ooi Kok Seong, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


~rentetan kejadian, aku mula berfikir lebih rasional...aku perlu lebih bersabar di jalan raya...

4 comments:

m4rilyn said...

dear Ayu...thank Allah you are safe

tamara@ai said...

thanx laling! lum smpat jmpe u lg..mane leh i pergi dulu...hehe~

m4rilyn said...

jangan tinggal daaaaaku...insyalh ade jodoh n rezeki kita jumpa ek

tamara@ai said...

orait...nnti kita swuh midah arrge kan...haha~