
Meneliti senarai kengkawan di Facebook, dah ramai yang mula merancang kehamilan..Tapi aku seakan kecewa bila ramai hanya bersedia di 'mulut', tapi kosong pengetahuan..ape pon, yang aku kongsikan di sini, bukanlah fakta yang memandai2..tapi hasil rujukan di beberapa laman web, buku serta majalah ibu2...
Ketahuilah kengkawan, ada 10 tanda kehamilan yang korang perlu periksa sebelum serabutkan otak sendiri dengan teka-teki yang tak berkesudahan...antara tanda2 nya ialah:
Rasa lapar yang berpanjangan
Situasi ini jugak boleh terjadi pada orang yang tak hamil tapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah yerk...
Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit sekitar puting jadi kehitaman, kemungkinan kamu sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau kandungan terdahulu.
Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk, rahim membesar akan mula menekan pundi kencing kamu...Buat masa ni, aku pon menghadapi masalah sama...kerap buang air!!! hehe~

Rasa tidak bermaya
Asik penat 24jam...Hormon awal kehamilan boleh membuatkan kamu letih dengan cepat.
Sakit dan tegang pada payudara
Sekiranya anda mengandung, payudara kamu akan menjadi semakin sakit pada sentuhan. Lebih kurang time period...Tapi, bila dah biasa nanti, ketegangan akan berkurangan!!
Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Kira-kira 8 hari selepas ovulasi, kamu mybe akan mengalami sedikit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari kesan implantasi. Kamu juga mungkin mengalami keadaan yang sama sekitar masa kedatangan hari pertama period.
Rasa loya dan muntah
Kalau bernasib baik, morning sickness ni takkan mengganggu hidup kamu, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Wel, ada jugak wanita yang mula rasa tak best pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari pregnant!!
Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Kalau perasan, suhu badan waktu ini akan berbeza dengan suhu badan asas! kene rajin monitor kot??
Missed period
Kalau period kamu teratur sebelumnya dan sekarang sudah lewat beberapa hari, ini lah masa seswai utk check!! buat ujian kehamilan di rumah pon dah OK!!
then...

Kalau urine test kamu positive,
period pon dah miss banyak hari kan...pastu nampak pulak 2 jaluran pada ujian air kencing (pregnancy test)!!!
kemungkinan besar u dah pregnant!!! Pegi la ajak hbby teman jumpa Dr!!!





No comments:
Post a Comment