Aku yg memang pemarah...dan marah yg ada mmg mudah mencanak2 naik kalau api dah jadi bara disimbah minyak petrol.
Sudah lama tak ku temu dengan teman lama yang ini. Mungkin mengenangkan sikapnya yang mudah mengguris perasaan orang di sekeliling, atau mungkin juga kerana aku dan perinsip aku yang mudah menolak mana2 manusia yang gemar menggerudi cerita hidup aku.
Aku lebih suka bersikap terbuka. Namun keterbukaan yang ada bukan untuk diporak peranda sesuka hati. Bertemu teman lama, memang banyak soalan terbengkalai timbul di kotak fikiran. Bermula episod zaman awal perkenalan hingga keadaan aku yang kini berbadan dua. Ya, aku sedia berkongsi cerita apalagi mulut becok ini memang sukar menyimpan cerita-cerita gembira mahupun kisah2 duka.
Tapi aku tiba-tiba jadi kurang faham bila si teman memulakan bicara soal rumah tangga. Rasanya, cukup anda aku khabarkan bahawa aku kini tinggal berjauhan dengan suami kerana tuntutan kerja. Tak perlu aku bercerita panjang lebar kerana dia sendiri bukanlah teman baik atau rakan rapat.
Mendengar soalan sinis yang terlontar dari bibir teman ini, aku seolah-olah dapat menangkap butir bicara yang akan berlaku seterusnya. Malah, pandangan yang diberi mencerminkan bahawa dia masih lagi berfikiran ortodoks. Hati aku mengutuk dalam diam. Puas beristighfar, namun marah ku jadi meluap-luap. mungkin begini hormon orang mengandung. Hal remeh jadi berat.
Dari cerita si teman, dia berkahwin dengan seorang businesman. Sejak bergelar ibu, dia berhenti kerja sebagai kerani kerana suami meminta supaya tumpuan penuh diberikan kepada keluarga terutama anak-anak. Sebagai ganjaran, Perodua Kenari diganti dengan sebuah BMW.
Lalu bila mengetahui aku bakal melahirkan anak hujung tahun ini, dia pula mengesyorkan aku supaya berhenti kerja. Katanya, anak lebih pentingkan perhatian dan suruhlah si suami gantikan Perodua Myvi yang aku guna sekarang kepada kereta idaman aku, Toyota Harrier. Jantungku berdetak seketika. Ah, aku masih sabar.. aku katakan pada teman ini, suami aku bukan bisnesman..bukan juga orang kenamaan atau hartawan. Paling penting, aku lebih suka bekerja kerana puas menggenggam wang hasil titik peluh sendiri.
Namun, lain pula jawab si teman. 'Jadi surirumah juga seronok menggenggam wang hasil pemberian suami.' Aku mula hilang rasional. Mahu saja aku cemuh perangai buruknya yang tidak pernah sedar diuntung. Masakan hidup orang lain dibandingkan dengan hidup sendiri. Kalau anak yang perlu diberi tumpuan, kenapa kereta dijadikan ganjaran? Bukankah anak itu amanah yang diberi Allah? Andai tanggungjawab didahulukan, mengapa mesti menimbang kebendaan?
Aku pujuk hati supaya sabar lagi. Aku tahu siapa teman ku ini. Nafas ku tarik panjang-panjang. Kata ku, hidup aku kini cukup bahagia dan sempurna. Tidak perlu wang ringgit yang melimpah ruah..tidak perlu rumah besar..tidak perlu hadiah kereta mewah..dan tidak perlu menadah tangan pada suami setiap bulan.. Aku bangga hidup berdikari..sedarku, Hawa itu diciptakan dari rusuk Adam. Jd, aku percaya bahawa keberkatan lebih banyak sekiranya aku menjalankan tanggungjawab sebagai rusuk suamiku. Sama-sama bersusah payah membentuk keluarga, mencari rezeki dan membina istana sendiri. Aku percaya kasih sayang dan toleransi membawa lebih banyak hikmah..tidak perlu aku menggerudi cerita orang untuk membandingkan siapa aku kerana aku lebih mengenali diri sendiri..
Entah mengapa, lambat baru aku sedar. Teman lama ku ini nampak seolah-olah tidak bahagia biarpun hidupnya dilimpahi kekayaan. Hidupnya kosong tanpa teman bicara..dan kerana itu dia kabur dengan hakikat dunia hari ini..
Saturday, July 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





1 comment:
pedulikan orang... mmg kita tak kan tenteram fikirkan mnusia mcm tue. nyampahkan kalo ada manusia yg menggerudi kisah kita!!!
Post a Comment