Saturday, April 4, 2009

aLL 'bOut LOve & mArR!age...

Kata orang, cinta memerlukan pengorbanan...perkahwinan adalah bukti rasa cinta...

~Aku dilahirkan sebagai seorang yang berperwatakan lembut tetapi cukup kasar dan lasak di dalam...zaman sekolah rendah adalah saat manis aku dalam meniti kehidupan sebagai murid yang nakal tetapi sentiasa memburu tempat pertama di kelas...Urm, memang ramai yang cemburu...tapi aku tidak berbangga dengan kecemerlangan yang dikecapi sebaliknya lega...hhmmm...sekurang-kurangnya, aku terlepas dari rotan dan kemarahan mama... =) Biarpun lemas dilayan umpama seorang pelatih PLKN di rumah, tapi aku bersyukur...rotan mama menjadikan aku seorang yang berguna hari ini...
~Sepanjang hidup ini, aku tidak pernah berbangga dengan alam sekolah menengah...dan aku tidak akan berbangga sehingga tubuh dimamah bumi...kehidupan di asrama, mengajar aku erti 'menjadi mangsa'...biarpun bukan menjadi mangsa buli atau pukul, tapi aku kecewa kerana menjadi mainan dalam perang psikologi...dan pada umur itulah aku mula mengenali erti sahabat, lawan, cinta monyet dan kepercayaan...sukar untuk aku menidakkan hakikat bahawa aku tidak mempunyai sahabat untuk dipercayai atau teman yang boleh berkongsi cerita...dari situ, aku berubah...menjadi seorang yang pasif dan sukar mempercayai orang lain...
~Ibarat terlepas dari sangkar emas, aku melangkah ke zaman kolej...mula menjadi diri sendiri...mula belajar mempercayai dan mula kembali tekun menghirup segala ilmu tanpa sebarang anasir luar...bahagia...memang bahagia...
~January 2002: aku terlihat kelibat seorang lelaki yang sangat pemalu dan merendah diri...namun itu hanya kelibat...mungkin masih belum ada izin-Nya...kehidupan aku di kolej penuh warna-warni...aku kembali menjadi aku...seorang yang nakal, lasak dan gemar mengusik sesiapa saja...tak aku sangka, bahan usikan menjadi kenyataan...
~'Kawan saya dihujung padang nak jumpa awak'...*Kenapa pulak rekemen kawan awak? Saya ni sukakan awak...* .....sekali aku toleh ke tepi, lelaki itu hilang.....demi tuhan, baru aku sedar...itulah kelibat yang aku pernah nampak dulu...
~24 April 2002...kami bertemu...aneh dan lucu =) pertemuan kami dikawal rapi...setiap penjuru lobi ada rakan dan teman...masing-masing cukup 'supportive'...mungkin teman dan rakan memahami keadaan dia yang terlalu pemalu, kurang keyakinan diri dan takut bertepuk sebelah tangan...Aku? aku hanya mengikut kata hati...tiada jawapan pada pertemuan tapi aku sempat menghulurkan senyuman...ikhlas penuh makna... =)
~tujuh tahun menyulam cinta...bohong andai aku katakan semuanya bahagia...perselisihan faham, bertegang urat, merajuk, marah...itu semua rahsia untuk memperbaiki kelemahan hidup...biarpun aku pernah cuba-cuba untuk berlaku curang, tapi aku sedar...aku tak mungkin menolak seorang lelaki yang cukup baik dan sabar dengan kerenah buruk yang aku pamerkan saban hari... =) Biarpun bukan seorang yang sempurna, tapi tidak keterlaluan jika aku katakan, dialah pelengkap pada setiap kelemahan yang ada pada diri aku...
~Kini aku bergelar isteri...agak janggal untuk aku menyandang anugerah baru yang cukup mulia di sisi Allah ini...Jodoh mempertemukan kami pada 21 Februari 2009...semoga ia kekal ke akhir hayat...Amin...

No comments: