Thursday, April 9, 2009

iBarat NyaWa kedUa...

Syukur alhamdulillah...
hanya Allah saja yang tau macamana gelojak hati aku bila terbabit dalam kemalangan bas awal pagi tadi...sesungguhnya, tiada yang lain muncul dalam kepala aku kecuali kalimah Allah dan syukur...
~sejak jam 4.30 pagi, aku asik terjaga dari tidur...lambat sungguh rasanya bas yang aku naik dari KL untuk pulang ke JB ni sampai ke Skudai...mungkin kerana bas kali ini bukan keluaran baru seperti selalunya...jadi aku sabar dan kembali melelapkan mata...
~sekitar jam 5.15 pagi, aku terjaga sekali lagi...melihat pemandangan sekeliling...Urm...jauh lagi tapi aku mula tidak sabar untuk sampai ke destinasi. Mungkin air-cond terlalu sejuk dan baju yang aku pakai kurang tebal...mungkin juga dikejutkan malaikat Allah untuk sedar sebelum kejadian malang...
~dalam khayal hendak menyambung tidur, aku terkejut apabila mendengar dentuman kuat dari sisi cermin bas...serentak itu, layar mata aku terpaku mengingati kejadian maut di depan rumah keluarga aku di Pahang beberapa hari selepas Aidilfitri lalu...Namun ingatan itu terputus begitu saja apabila kepalaku seolah-olah dihentak dari belakang..."Ya Allah..." jantungku pantas menggerakkan salur darah mempercepatkan maklumat ke otak...X-cdent!!!
~serentak itu terdengar pula suara penumpang lain...'bas kita kemalangan...siapa ada telefon? siapa ada telefon?..." pantas aku jawab "Saya!" kepala aku kosong...hilang arah...panik...aku lihat semua penumpang selamat...tiada kecederaan, dan pemandu bas mula memandu perlahan ke lorong kiri...'siapa harus aku hubungi???' jerit hatiku...
~talian kecemasan 112 sudah bersambut. Aku cuba bertenang...dalam getar suara dan lemah anggota, aku memberitahu lokasi kemalangan..."Its 5 kilometres to hentian sebelah Kulai Miss," kataku...namun hampa dan marah bila suara disana bertanya, "Cik hendak saya sambungkan kemana???"...tak ada perkataan sopan yang muncul dalam otak aku, melainkan...BODOH SUNGGUH PEREMPUAN ini!!!
~Aku menoleh pemandu...kasihan...dia kelihatan bingung dan lebih terkejut berbanding aku...Ya, mungkin kerana sedar tanggungjawabnya menggalas hampir 10 nyawa yang ada di dalam bas berkenaan...Aku turun dalam pekat pagi yang cukup dingin...jelas sebuah lori terhenti ditengah-tengah lebuh raya...aku tak nampak apa yang berlaku di belakangnya namun diberitahu ada kereta yang merempuh lori dan pemandunya maut...
~Sekitar 6 pagi, ada bas ekpress berhenti dan menghulurkan bantuan untuk kami yang terkandas...semoga Allah merahmati pemandu bas berkenaan...
~Sukar membuang ingatan kejadian dan rasa cemas...padahnya, aku mula rasa macam nak demam...kepala pening...tengkuk dan kaki kiri juga sakit...selebihnya aku bersyukur kepada Allah...Hanya wajah suami...mama...abah...dan keluarga yang tergantung di tangkai hati...Sesungguhnya aku sendiri belum bersedia untuk mati...

No comments: